"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menyedihkan… Jenazah bayi tidak dapat dikebumikan gara-gara surau minta RM300

FMT Reporters

Sebagai umat Islam urusan pengebumian itu sepatutnya didahulukan dan menjadi kewajipan sesama Islam untuk saling membantu, namun itu tidak berlaku.
Sebaliknya apa yang berlaku adalah apabila sepasang suami isteri yang kehilangan anak akibat keguguran tidak dibantu menguruskan jenazah anak mereka gara-gara tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Kejadian ini sungguh menyedihkan apabila pihak pengurusan sebuah surau meminta bayaran RM300 hanya untuk mengebumikan bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan.

Sedangkan bapa kepada bayi malang itu yang bekerja sebagai pembantu gerai makan hanya mempunyai RM150.

Dan lebih kejam pengurusan surau tersebut memintanya membawa jenazah pulang semula ke hospital selepas dimaklumkan tidak mempunyai wang mencukupi

Namun atas keperihatinan wakil hospital mereka telah menghubungi seorang aktivis gerakan Amal Team, Mohd Zulhairi Zainol, 34, atau lebih dikenali sebagai Hery membantu urusan berkenaan sehingga selesai, termasuk membayar kos pengebumian bayi lelaki pasangan itu.

Hery yang berjumpa dengan bapanya di hospital kemudiannya memaklumkan dia bantu secara ikhlas tanpa mengenakan bayaran menyebabkan bapa bayi itu terharu dan terus menangis sambil memangku jenazah bayinya.

Hery kemudiannya membawa lelaki berkenaan bersama jenazah bayinya ke Tanah Perkuburan Sungai Tangkas di Bangi bagi urusan berkenaan.

Mengenangkan kejadian ini membuatkan sesiapa sahaja yang membaca pasti sebak dan sedih sedangkan urusan yang sepatutnya didahulukan adalah urusan pengebumian dan bukan urusan kewangan.

Tiada ulasan: