"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas ketua menteri yakin PH dapat tawan semula Melaka

Faisal Asyraf

Bekas ketua menteri Melaka, Adly Zahari, meletakkan keyakinan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan merampas semula pentadbiran negeri itu sekiranya berlaku pilihan raya dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Katil itu berkata, hal itu kerana masyarakat Melayu khususnya begitu menyenangi pentadbiran PH sebelum bertukar tangan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Mac lalu.

PH Melaka jatuh setelah Bersatu keluar daripada gabungan itu dan dua Adunnya berpihak kepada PN.

Kejatuhan itu juga dibantu dengan dua Adun masing-masing dari DAP dan PKR turut berpaling tadah menyokong PN.

"Pada Januari 2019, kami (PH) ada buat kajian dengan universiti tempatan mengenai sokongan rakyat terhadap dasar kami di peringkat negeri.

"Semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU14), sokongan orang Melayu terhadap PH adalah 29 peratus, dan daripada angka inilah kami memenangi 15 kerusi (digabungkan dengan sokongan bukan Melayu).

"Berdasarkan penelitian 2019, dukungan telah meningkat dengan sangat baik antara 35 peratus hingga 57 peratus, dengan peningkatan terbesar datang dari (DUN) Bukit Katil, mungkin hasil dasar yang kami laksanakan" katanya kepada Malaysiakini ketika turun berkempen bagi calon bebas PRK Slim River, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, semalam.

Sebagai rekod DUN Melaka mempunyai 28 kerusi, manakala PN kini mempunyai 17 kerudi selepas empat Adun daripada PH berpaling tadah.

Di bawah kepemimpinannya, Adly yang merupakan pengerusi PH Melaka mendakwa, mereka berjaya memenuhi 80 peratus daripada 86 janji dalam manifesto PH negeri.

Antara kata Adly program terakhir mereka sebelum pentadbiran PH Melaka berakhir ialah Kad Peduli Sihat, satu inisiatif penjagaan kesihatan yang akan memberi manfaat kepada lebih 1,000 keluarga dari kelompok B40.

Namun, ia dibatalkan oleh kerajaan PN pada bulan lepas.

"Apa yang terjadi pada 20 peratus (janji) lainnya? Kami sedang dalam proses untuk memenuhinya. Kad Peduli Sihat kami luluskan pada bulan Mac, namun dibatalkan kerajaan hari ini.

"Sekiranya kita melihat kebajikan yang kita laksanakan memberi kesan positif kepada masyarakat. Contohnya, projek Rumah Peduli untuk golongan miskin.

"Dalam 22 bulan, kami bina 95 rumah percuma. Ada banyak lagi program kebajikan lain yang berjaya memberi manfaat kepada masyarakat. Jadi kami tahu sejak awal 2019, sokongan kepada kami sangat tinggi.

"Kami cukup positif, dalam tempoh sebelum snap election, kita cukup yakin Melaka termasuk dalam kategori negeri PH," kata ahli politik berusia 47 tahun itu.

Tiada ulasan: