"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seret Menteri Pas ke mahkamah atau letak jawatan

FAZLI RADZI
Menteri Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali perlu diheret ke mahkamah atau meletak jawatan ekoran gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin wajib.

Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, naik turun harga komoditi tidak terlalu bergantung kepada siapa yang jadi menteri.

“Harga komoditi bergantung kepada permintaan dan penawaran dalam pasaran dunia.
Permintaan dan penawaran pula bergantung kepada pelbagai faktor termasuk musim seperti perayaan dan pengeluar komoditi yang sama mengalami kemerosotan pengeluaran.

“Tak dinafikan peranan menteri ada, tetapi peranan sebenarnya dimainkan oleh kementerian. Apabila disebut kementerian, ia merujuk kepada para pegawai kerajaan di semua kementerian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin yang merupakan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat apabila hanya dikompaun RM1,000 atas kesalahan gagal menjalani kuarantin wajib sebaik pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.

Menghalalkan buat salah

Mengulas lanjut, Zolkharnain berkata, menteri akan mendapat nama baik jika harga komoditi naik dan mendapat nama buruk jika sebaliknya.

“Cuma apabila naik, menteri akan sebut seolah-olah itu jasanya. Tapi apabila harga turun, barulah menteri akan pandai kembali kepada faktor sebenar iaitu penawaran dan permintaan.

“Kenaikan harga komoditi tiada kaitan dengan kesalahan yang menteri buat. Jika menteri Muslim tidak puasa Ramadhan ketika harga komoditi naik misalnya, dia tidak boleh kata, harga komoditi naik, takkanlah tidak boleh saya tak puasa.

“Demikian dengan kesalahan menteri tak kuarantin diri. Harga komoditi naik soal lain. Dia bersalah tak kuarantin diri soal lain. Jika harga komoditi naik kerana jasanya sekalipun, takkanlah jasanya menghalalkan buat salah,” ujarnya.

Beliau juga menyifatkan prestasi Khairuddin dalam menerajui kementerian itu tidaklah sehebat mana berbanding Teresa Kok pada era kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi Kementerian Industri Utama ketika itu.

“Tidaklah nampak sangat jasa dia untuk naikkan harga komoditi. Cuma kebetulan semasa dia jadi menteri, harga komoditi naik.

“Orang lain pun boleh jadi menteri di kementerian itu. Kamu dah buat salah, pulangkan gaji tak menutup kesalahan itu. Penutup kesalahan ialah hukuman. Atau tindakan bermoralnya ialah kamu letak jawatan,” tegas Zolkharnain lagi.

Tiada ulasan: