"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKR tawar Saifuddin ketuai kaukus siswa berpolitik

Ahli parlimen PKR menawarkan kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk mengetuai kaukus parlimen untuk membuka jalan bagi penyertaan mahasiswa dalam politik.

azlan"Untuk (penyertaan) mahasiswa dalam politik, kami sedia bekerjasama dengan YB Saifuddin dalam sebuah kaukus dalam usaha menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universit9 (Auku)," kata ahli parlimen PKR bagi kawasan Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Menurutnya, walaupun Saifuddin merupakan seorang pemimpin tinggi Umno, tetapi mereka masih bersedia untuk bekerjasama dengan timbalan menteri itu bagi mencapai matlamat tersebut.

Saifuddin
lantang menyatakan bahawa mahasiswa harus dibenarkan menyertai politik walaupun para pemimpin Umno yang lain berpendirian sebaliknya.

nik nazmi nik ahmad book launch 210310 nurulCadangan supaya mahasiswa dibenarkan menyertai politik semakin mendapatkan perhatian selepas keputusan kerajaan menarik balik larangan dan membenarkan guru lulusan universiti menyertai politik.

Nurul Izzah menegaskan demikian dalam sidang akhbar selepas beliau dan wakil rakyat PKR menghandiri seminar perspektif muda dalam hal ehwal semasa.

Seminar tersebut, anjuran Unit Perancang Ekonomi Selangor (Upen), dihadiri oleh hampir 80 mahasiswa dan profesional muda yang membahas pandangan mereka tentang hal-hal seperti pendidikan, ekonomi dan urustadbir.

Najib terdesak pujuk komuniti Cina

Harakahdaily
IPOH, 15 Ogos:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terdesak apabila membuat kejutan dengan merayu komuniti Cina di negara ini agar mempercayai beliau sebagai pemimpin yang menjaga kepentingan mereka.

“Saya anggap tindakan terdesak oleh seorang pemimpin yang sudah hilang punca dan arah untuk menarik sokongan bangsa Cina bagi mengekalkan kuasa BN,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim.

Ketika berucap pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur kelmarin, Najib berkata seperti ayahnya, beliau adalah juga pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan akan melakarkan apa yang terbaik kepada semua.

Menurut Khalil, pujukan yang dibuat oleh Najib menghiasi politik tanah air yang menyaksikan kaum Cina terus menolak perjuangan sempit MCA, satu parti yang satu masa dulu dikatakan mewakili kaum itu.

Katanya, penolakan kaum Cina kepada gerakan di Pulau Pinang sehingga memberi laluan kepada Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Pulau Mutiara itu membuktikan orang Cina sudah sangat bosan dan tidak percaya dengan perjuangan yang dilakukan oleh parti-parti Cina dalam komponen BN.

Malah, ujarnya tsunami politik dalam PRU ke 12 juga merupakan berubahnya sokongan majoriti kaum Cina kepada calon-calon Pakatan Rakyat sehingga keputusan tersebut menghasilkan 4 negeri yang selama ini dikuasai oleh BN berubah kepada Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor di samping terus kekal di Kelantan.

Pakatan Rakyat juga menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen, katanya.

“Sesudah itu beberapa siri piliharaya kecil (PRK) menyaksikan sokongan orang Cina kepada Pakatan Rakyat terus kekal malah bertambah.

“Terakhir BN dimalukan di PRK Sibu walaupun Najib menyogok kepada sekolah Cina sebanyak RM18 juta dan menjanjikan RM5 juta lagi pada malam terakhir kempen. Calon BN tetap dimalukan untuk sekian kalinya,” ujarnya.

Baginya yang juga Adun Titi Serong, ucapan manis oleh Najib tidak akan melupakan tragedi pada satu masa yang tercatat dalam sejarah politik tanah air apabila Najib pernah mengucapkan sesuatu yang sangat mengguris hati orang Cina.

“Apakah PRU ke 13 semakin hampir bila Najib sudah sampai ke tahap sekarang dengan cuba pujuk memujuk kaum Cina supaya yakin kepadanya?”

“Seingat saya inilah sejarah dan satu-satunya pemimpin Umno yang ditolak oleh rakyat sehingga kena bertindak memujuk rakyat supaya menyokongnya,” katanya lagi.

Cerdikkah Khazanah belanja RM10 bilion kuasai Parkway

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 15 Ogos:
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan adakah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) boleh dianggap cerdik dan amanah apabila berbelanja lebih RM10 bilion untuk menguasai Parkway Holdings Ltd (Parkway).

Akhbar tempatan melaporkan kononnya pesaing Khazanah, Fortis Healthcare Ltd, "mengaku kalah" selepas Khazanah menaikkan harga tawaran untuk mengambil alih Parkway, sekali gus muncul sebagai pembida tunggal utama.

Sedangkan, urusniaga itu memberikan keuntungan sebanyak S$116.7 juta atau kira-kira RM272.0 juta kepada dua beradik yang menguasai Fortis, iaitu Malvinder Singh and Shivinder Singh.

Kesemuanya, Khazanah telah berbelanja lebih RM10 bilion untuk menguasai Parkway.

Parkway Holdings Limited adalah syarikat penjagaan kesihatan yang disenaraikan di Singapore Stock Exchange. Syarikat itu menguruskan 16 hospital dengan lebih 3,400 katil di Asia.

Mahfuz mempersoalkan, dengan modal RM10 bilion itu, berapa pulangan boleh dapat setahun.

"Adakah ini pelaburan yang baik dan beramanah kepada rakyat Malaysia? Duit mereka telah dibelanjakan lebih RM10 bilion oleh Khazanah kononnya untuk menguasai Parkway termasuk memberi durian runtuh RM272.0 juta kepada dua beradik yang kononnya mengaku kalah itu.

"Adakah Parkway boleh bayar dividen 10 peratus setahun?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Mahfuz berkata, lebih baik RM10 bilion itu digunakan untuk beli emas kerana harga emas ada peluang naik 30 peratus dalam tiga tahun.

Beliau tidak yakin pelaburan Khazanah itu adalah pelaburan yang baik kerana umum mengetahui bahawa kekuatan negara kita adalah dalam sektor elektronik, elektrikal, teknologi maklumat, minyak dan gas serta komoditi seperti kelapa sawit, koko, getah dan balak.

"Jika kita mengeksport barangan tersebut dan kita dapat dolar hasil dari jualannya, munasabahlah kalau kita laburkan RM10 bilion dalam bidang yang kita ada kemahiran," kata Mahfuz.

Lebih dari itu, katanya lagi, kita boleh mengadakan usahasama dengan syarikat-syarikat multinasional yang memang cekap dalam bidang-bidang tersebut.

"Contohnya dengan kekuatan komoditi yang kita ada, kita adakan usahasama dalam bidang makanan halal dengan Nestle," katanya.

Mahfuz juga mempersoalkan limpahan ekonomi yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia dengan pelaburan RM10 bilion itu.

"Berapa orang rakyat Malaysia dapat pekerjaan? Berapa industri kecil dan sederhana Malaysia yang dapat jadi vendor? Adakah jawapannya kosong?" beliau mempersoalkan.

Sedangkan, katanya, kalau RM10 bilion dilaburkan untuk mengadakan usahasama dengan syarikat multinasional untuk membuka kilang elektronik misalnya, lima kilang elektronik mungkin boleh diwujudkan dengan anggaran 2,000 orang boleh mendapatkan pekerjaan bagi setiap kilang.

Kalau buka kilang petrokimia pula, katanya lagi, tiga kilang mungkin boleh dibuka dengan RM10 bilion itu dengan anggaran 3,000 orang boleh mendapatkan pekerjaan bagi setiap kilang.

"Pelaburan dalam Parkway itu ternyata mengakibatkan kerugian peluang atau opportunity loss kepada rakyat Malaysia," katanya.

Ketika diminta mengulas tentang semakin tersebarnya tuduhan dungu terhadap Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, Mahfuz hanya sekadar bertanya: "Adakah itu bermakna (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) adalah bapa segala dungu kerana beliau adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah?"