"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Wajah baru yang menakutkan Umno'

Wira Arjuna
NONEAda yang menyifatkanya sebagai kemenangan untuk kumpulan profesional dan kekalahan untuk golongan ulama. Tidak kurang pula tafsiran bahawa kemenangan “kumpulan Erdogan” dalam pemilihan PAS semalam sekali gus menempelak cubaan Umno untuk “meminang” PAS, khususnya sejak beberapa bulan lalu. 

Apa pun, yang jelas ialah PAS sekali lagi telah menunjukkan kematangan untuk memilih pasukan terbaik bagi mengetuai cabaran menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi. 

NONEBerlainan dengan Umno, PAS tidak menangguhkan pemilihan parti semata-mata kerana khuatir saingan untuk jawatan akan memecah belahkan parti dan menggugat peluangnya dalam pilihan raya umum.

Sebaliknya pucuk pimpinan PAS begitu yakin terhadap kematangan perwakilan dan calon untuk merapatkan saf dengan selesainya pemilihan yang dijalankan dalam semangat demokrasi dan musyarawah.

Kecenderungan untuk menyifatkan PAS sebagai parti yang kini dikuasai oleh golongan professional berpaksi kepada kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dan Husam Musa sebagai Naib Presiden baru.

Mohamad Sabu kini diangkat sebagai orang pertama dari golongan bukan ulama yang menyandang jawatan Timbalan Presiden dalam tempoh 20 tahun.

Nasharuddin Mat Isa tersingkir sebagai orang kedua parti manakala tokoh ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga kecundang kepada Mohamad Sabu.
pas muktamar 030611 hadi awang 02NONEPAS dalam genggaman profesional

Untuk Naib Presiden, selain Husam, Sallehuddin Ayob dan Mahfuz Omar melengkapkan senarai jawatan itu apabila mengekalkan kerusi mereka.
Kemenangan beberapa tokoh lain seperti Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkfli Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar untuk menduduki Jawatankuasa Kerja Pusat juga disabitkan sebagai bukti PAS dalam genggaman profesional.

Media arus perdana khususnyaUtusan Malaysia akan cuba memaparkan PAS sebagai parti yang tidak lagi dikuasai golongan ulama. Tentunya modal ini akan diambil oleh Umno untuk dijual pula kepada pengundi.

Namun, walaupun bertukar nakoda (itu pun peringkat Timbalan dan ke bawah sahaja) hala tuju PAS tetap sebagaimana yang terpacak dalam matlamat perjuangannya.
Perwakilan yang memilih golongan “profesional” atau Erdogan yakin calon-calon berkenan mempunyai ketokohan untuk memacu PAS menghadapi PRU-13 tanpa melunturkan azam dan matlamat perjuangan parti.

Semua yang dipilih sebenarnya sebati dengan perjuangan PAS – Mohamad Sabu, Husam dan yang lain-lain adalah orang lama yang bergerak sealliran dengan liku-liku perjuangan PAS.

Mereka adalah veteran dalam parti yang faham sentimen akar umbi PAS dan pada masa sama mempunyai sifat dinamis untuk berkerjasama dalam kerangka Pakatan Rakyat bagi mencapai matlamat PAS membangun negara berkebajikan.
NONE
Mengaibkan negara Islam?

Konsep negara berkebajikan ini sudah pun dicanang oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai bukti kononnya PAS sudah mengubah haluan dan kononnya mengabaikan penubuhan sebuah negara Islam, apatah lagi di bawah PAS pimpinan golongan professional.
Kedua- dua akhbar itu seharusnya memerinci nilai-nilai yang disebutkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Hadi dalam ucapan dasarnya dan membuktikan bagaimana penubuhan sebuah negara berkebajikan bercanggah dengan syariat Islam.

“Kita mulakan dengan perlaksanaan negara berkebajikan, ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut negara Islam, ia sebut negara berkebajikan,” kata Hadi pada sidang medianya semalam.

Konsep negara berkebajikan didokong dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat, bermakna ia turut dipersetujui oleh DAP.

Kemunculan pemimpin- pemimpin seperti Hadi, Mohamad Sabu, Husam dan yang lain hadir berkongsi pentas dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh untuk menerangkan penubuhan negara berkebajikan kepada umat Islam dan bukan Islam tentunya menjadikan Umno dan akhbar miliknya gusar dan cemas.
Justeru kerana itulah Utusan dan Berita Harian akan menjaja PAS sebagai parti yang tidak lagi dikuasai oleh ulama, malah sudah mengubah matlamat perjuangannya.

Sebelum pemilihan PAS semalam, Utusan Malaysia cuba secara licik untuk membawa mesej- mesej tertentu untuk mempengaruhi perwakilan parti dalam memilih calon.

Utusan yang sering menyerang Islam yang dibawa oleh PAS tiba-tiba mengingatkan keperluan parti itu supaya meneruskan perjuangan dan matlamatnya dengan pimpinan ulama.
NONE
Agenda sempit Umno

Memang hebat transformasi Utusan walaupun ia hanya untuk memastikan agenda sempit Umno menjalin kerjasama politik dengan PAS tidak kecundang. Namun akhirnya rancangan Utusan-Umno itu nampaknya gagal juga.
Pemilihan muka-muka baru termasuk Mohamad Sabu dan Husam bermakna mereka kini memikul tanggungjawab besar untuk membantu Hadi mengemudi PAS dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Perwakilan membuat pilihan sedemikian kerana menyifatkan mereka sebagai gandingan terbaik untuk misi berkenaan. Sebuah misi yang mampu mengubah landskap politik Malaysia dan menjanjikan pembaharuan-pembaharuan yang didahagakan oleh rakyat, Islam dan bukan Islam.
-malaysiakini-

Barisan impian PAS 2011 kesan protes dua tahun

G Manimaran
Kira-kira empat bulan selepas pemilihan 2009, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengetengahkan idea agar diadakan pemilihan khas untuk menggantikan pucuk kepimpinan parti itu. Ketika itu, tindakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, mengejutkan banyak pihak khususnya di kalangan ahli parti itu sendiri.

Perhimpunan khas yang diusulkan beliau tidak menjadi kenyataan, sebaliknya kepimpinan pusat memutuskan kaedah kompromi dalaman agar parti itu tidak berhadapan dengan perpecahan dan krisis dalaman.

Nik Aziz dalam blognya ketika itu menimbulkan cadangan itu dipercayai kerana tidak senang dengan beberapa pemimpin parti, Antara yang disebut-sebut ialah Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali serta Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa berhubung isu kerajaan perpaduan.



Meskipun kompromi dibuat tetapi persekitaran protes itu tidak habis di situ. Menjelang muktamar tahun lalu, isu kononnya Nasharudin tidak sealiran dengan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang muncul semula. Beberapa pemimpin mendakwa pihaknya akan membawa usul agar pemimpin kanan ditukar akan dibawa ke muktamar yang diadakan di Kelantan.

The Malaysian Insider ada membawa tulisan bahawa Hadi sendiri ada memaklumkan sahabatnya dan beberapa pemimpin kanan dalam parti itu bahawa beliau tidak mendapat sokongan yang diharapkan daripada timbalannya. Hadi menafikan tanggapan sedemikian.

Tetapi, setahun lalu, segelintir pemimpin kawasan menekankan bahawa usaha akan digerakkan bagi memastikan pucuk kepimpinan di tangga kedua mengalami perubahan tahun depan. Cakap-cakap itu kekal sebutan sebahagian besar perwakilan sehingga ke hari pengundian pemilihan 2011-2013.

Apabila keputusan rasmi diumumkan pagi ini, Nasharudin berada di tempat ketiga dengan 224 undi berbanding Mohamad Sabu 420 undi, yang pernah mencabarnya dua tahun lau. Pencabar ketiga, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turun sebagai calon minit-minit terakhir mengumpulkan 399 undi.

Sebagaimana dua tahun lalu, undi dua pencabar mengatasi undi calon yang menang.

Nasharudin berada di tangga kedua sebagai timbalan Hadi sejak 2005. “Saya menghormati apa yang dipilih oleh perwakilan dan merasakan pemilihan itu adalah yang terbaik,” katanya lagi.

Hari ini, Nasharudin juga berkata, beliau sudah tiga penggal menjadi timbalan presiden dan tiada masalah dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Laporan media tahun lalu menyebut wujud pergeseran antara Hadi dan Nasharudin.

“Selama tiga penggal saya sudah lakukan kerja saya sebaik mungkin. Kepimpinan terbaru ini, dilihat sebagai satu perkara terbaik,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok. Ditanya mengapa beliau kalah, Nasharudin menjawab: “Perwakilan tidak mengundi saya.”

Mengenai kekurangan pada dirinya yang membawa kepada kekalahan, Nashrudin memberitahu, “saya tidak pasti, mungkin mereka mahukan seseorang yang lebih vokal.”

Pun begitu Nasharudin menolak isu kerajaan perpaduan Umno-PAS yang diperkatakan sejak 2008-2009 sebagai punca kekalahan beliau.

“Isu itu isu basi,” ujar beliau.

Dalam temu bual khas dengan The Malaysian Insider menjelang hari pengundian, Mohamad ketika mengulas isu puak ulama dan profesional berkata, “namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS.”

Beberapa perwakilan yang ditemui beberapa jam selepas pengumuman keputusan berkongsi pandangan bahawa mereka sememangnya telah menjangkakan perubahan dalam kepimpinan nombor dua parti dan memperkukuhkan semula kedudukan naib presiden.

Perwakilan-perwakilan ditemui menekankan mesej hampir sama – PAS memerlukan pasukan agresif bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Mengapa tidak perubahan ini dibuat pada pemilihan 2007 sebelum negara menyaksikan pilihan raya umum ke-12 tahun berikutnya?

Dan juga, mengapa tidak pada pemilihan dua tahun lalu? Dua tahun lalu, Mohamad dan Datuk Paduka Husam Musa, yang dilabel sebagai golongan profesional bertanding.

Pada 2009, undi kepada kedua-dua calon profesional berpecah manakala Nasharudin memperoleh sokongan padu perwakilan yang berlatarbelakangkan sentimen ulama.

Kali ini, undi perwakilan yang cenderung kepada ulama berpecah, sekali gus memberi kelebihan kepada Mohamad untuk menang dengan majoriti 21 undi.

“Saya memang sudah menjangkakan keputusan ini kerana kami tahu arah aliran sokongan. Perwakilan khususnya ahli-ahli mahukan satu pasukan yang boleh membawa PAS menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan kuat,” kata perwakilan dari Kelana Jaya, Abdul Rahman Othman yang menyifatkan barisan kepimpinan kali ini sebagai “pasukan impian.”

“Saya pasti Umno, BN akan gerun dengan pasukan. Bukan begitu?” katanya lagi.

Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad iaitu perwakilan dari Temerloh, Pahang berkata, barisan baru ini akan memperkuatkan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Ia akan memperkukuhkan dan menjadi PAS bergerak dengan lebih berkesan,” kata beliau.

Penasihat undang-undang PAS Hanipa Maidin yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata, perwakilan menyediakan satu barisan kepimpinan yang berasaskan rekod prestasi.

“Ini adalah pasukan yang berasaskan prestasi, berdasarkan KPI... mereka mahukan pencapaian, menunjukkan prestasi... isyarat yang jelas,” katanya yang turut mempertahankan kerusi ahli jawatankuasa kerja kali ini.

Sebagaimana diperkatakan oleh seorang ahli jawatankuasa kerja pusat kepada The Malaysian Insider semalam, kira-kira empat jam sebelum proses pengundian, PAS nampaknya disajikan “pasukan terbaik” di sebalik persaingan sengit dalam memilih pemimpin terbaik.

Husam yang kembali memperoleh kerusi naib presiden berkata, “saya melihat ini pasukan terbaik. Yang diterima perwakilan dan boleh diterima oleh rakyat semua kaum dan berdasarkan rekod pencapaian yang baik.”

Mengambil kira intipati ucapan dasar Hadi semalam, perwakilan meletakkan satu pasukan kepimpinan yang lebih agresif untuk berhadapan dengan serangan Umno-BN, yang meningkat sejak setahun lalu dan sudah pasti keputusan hari ini akan merancakkan lagi serangan politik menjelang pilihan raya umum ke-13.

Meminjam kata-kata Ketua Pemuda PAS Nashrudin Hassan kelmarin, stereng “kepimpinan” cuma satu. Stereng sudah diberikan. Perwakilan akan mengukur prestasi pemegang-pemegang stereng ini sebelum muktamar 2012 iaitu pada pilihan raya umum ke-13.
-malaysianinsider-

UMNO Terkedu Mat Sabu Menang

Syabas Tuan Haji Muhammad Sabu @ Abang Mat Sabu @ Mat Sabu Timbalan Presiden PAS, Satu pasukan yang cukup mantap dengan dibarisi kumpulan ulama dan profesional dan pengiat masyarakat.

Orang yang paling dukacita diatas kemenangan Mat Sabu ialah pencaci dan penjilat kumpulan orang UMNOporno dan UMNOapco. Utusan Malaysia dan akhbar pro BN/UMNO termasuk media TV terkedu dan terlopong mulut macam mulut buaya, berita Mat Sabu menang timbalan presiden PAS.

Kumpulan UMNOporno dan UMNOapco "TIDAK SUKA" Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden.  Hujah mudah Mat Sabu cukup kuat pengaruh kumpulan kaum yang tertindas. Malah Mat Sabu dilihat oleh oleh UMNOporno dan UMNOapco dapat menarik perhatian semua kaum di Malaysia. Satu kekuatan dan tarikan yang jarang ada pada PAS, kata kumpulan UMNOporno dan UMNOapco.

Jarang dan mungkin tidak pernah berlaku dalan sejarah pemilihan pucuk pimpinan PAS calun yang bertanding diberi analisa dan sokongan dan hujah agar calun seperti Mat Sabu tidak diberi laluan kemenangan, itulah kerja akhbar utusan malaysia dan berita harian dan media tv untuk menyekat kemenangan Mat Sabu.


Kemenangan Mat Sabu sebagai timbalan presiden PAS membuat UMNOporno dan UMNOapco terkedu seribu bahasa. Kekuatan Mat Sabu boleh menghimpunkan rakyat yang tertindas tak kira apa bangsa dan ugama.

Malah cakap cakap orang yang ada jawatan tinggi dalam UMNOporno atau UMNOapco pengaruh Mat Sabu cukup kuat terutama bangsa China yang pro DAP.

Walauapa pun yang dilebelkan, Mat Sabu seharusnya perlu kerja kuat dan bekerja cecara bersistemmatik dan profesional dalam pentadbiran parti. Saya cukup siapa Mat Sabu.

Kelemahan Mat Sabu ialah kurang cermat dalam pentadbiran dan suka ambil mudah dalam pentadbiran pejabat, Tapi tidak mencacatkan kehebatan Mat Sabu. 

Kedua Mat Sabu perlu ada orang yang betul betul profesional dan berkelulusan dan berugama sebagai pegawai khas Mat Sabu, biar ada peraturan dan protokol. Jangan permudahkan peraturan dan keputusan.

Selamat bertugas sebagai Timbalan presiden PAS dari seluruh penyokong dan peminat Abang Mat Sabu.