"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ratusan ribu komputer berisiko hilang akses Internet Julai depan

WASHINGTON, Amerika Syarikat: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran lebih 570,000 ribu komputer di seluruh dunia akan kehilangan akses Internet pada Julai depan.

Menurut satu kenyataan FBI, masalah itu bermula apabila penggodam antarabangsa menjalankan aktiviti penipuan pengiklanan di Internet untuk mengawal komputer yang dijangkiti virus.

Bagi menghalang gangguan Internet berlaku ke atas komputer yang digodam atau sakit, FBI telah mewujudkan satu jaringan keselamatan atas talian beberapa bulan lalu melalui komputer pihak berkuasa AS.

Namun, sistem keselamatan berkenaan akan ditutup tidak lama lagi.

Buat masa ini, pihak FBI menggalakkan pengguna supaya melayari sebuah laman web yang dikendalikan oleh sebuah badan keselamatan AS, www.dcwg.org.

Laman web berkenaan akan memaklumkan sama ada komputer mereka telah dijangkiti virus dan menerangkan cara-cara bagi menyelesaikan masalah itu.

Selepas 9 Julai depan, komputer yang dijangkiti virus tidak dapat digunakan bagi mengakses Internet. 
-Agensi-

Pelajar perempuan Upsi maut terjun bangunan

upsiTANJUNG MALIM: Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.
Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.

"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.

"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.

Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.

Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.

"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.

Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.

Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi."

"Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu.

Bekas pengarah(JSJK) Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff bakal menjadi calon PAS

SEREMBAN: PAS bersedia untuk menurunkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial(JSJK), Ramli Yusuff, sebagai calon dalam pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Naib Presiden PAS, Sallahuddin Ayub, mengumumkan ini malam tadi di ceramah yang dianjurkan oleh PAS di Seremban.
"Saya telah berjumpa Ramli dua hari lepas dan kami telah mengadakan perbincangan yang panjang. Jika semua berjalan lancar, kami bersedia untuk menurunkan beliau sebagai calon kita dalam PRU 13 akan datang. Beliau sendiri bersedia diletakkan sebagai calon PAS, "kata Sallahuddin.

Beliau berkata tiga kes Ramli di mahkamah telah diselesaikan dengan satu lagi belum selesai.

"Ada satu kes mengenai tuntutan gaji dan elaun tertunggak sejak hari penggantungan kerjanya.

"Dia memberitahu saya bahawa sebaik sahaja dia menjelaskan semua cukai  dia akan menggunakan wang itu untuk membina sebuah masjid di kampung halamannya di Kelantan," katanya.

Sallahuddin juga berkata bahawa seorang lagi bekas pegawai kanan polis, Fauzi Shaari, juga telah bersetuju untuk bertanding di bawah panji-panji PAS dalam pilihan raya akan datang.

Polis dan selebriti

Beliau berkata bahawa kehadiran bekas pegawai polis berpangkat tinggi dalam parti pasti akan memperkukuhkan parti dan meningkatkan semangat ahli dan penyokong.

Sallahuddin juga berkata bahawa lebih ramai artis menyertai parti itu dan ini merupakan petanda baik di kalangan generasi muda.

"Baru-baru ini bekas penyanyi popular 80-an dan 90-an  Aishah telah turut berceramah setelah beliau menyertai PAS. Seorang lagi penyanyi 80-an Dayang Ku Intan juga telah bersetuju untuk berceramah di pentas PAS.

"Penyertaan artis dan bekas pegawai polis adalah satu petanda baik untuk PAS dan menunjukkan bahawa PAS diterima baik oleh semua pihak termasuk Cina dan India", kata Sallahuddin yang disambut dengan laungan  "Allahu Akhbar" oleh 500 penyokong kuat PAS.

Aishah adalah menjadi penyanyi utama dalam "Aishah dan The Fan Club" band yang diasaskan di New Zealand.

Beliau kemudiannya pulang dan merakamkan lagu hit "Janji Manismu". Ia berjaya memenangi pelbagai anugerah termasuk "Juara Lagu" pada tahun 1990.

Dayang Ku Intan yang pernah popular di dalam tahun 80-an dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang".

Sallahuddin untuk Johor

Sementara itu, Sallahuddin juga mengesahkan malam tadi bahawa beliau tidak mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian dalam PRU13.

"Saya boleh mengesahkan malam ini bahawa saya akan kembali ke negeri asal saya dan bertanding di Johor kali ini.

"Isu siapa yang akan menjadi menteri besar tidak penting. Itu adalah Perkara kedua. Apa yang penting ialah untuk memenangi seberapa banyak kerusi yang mungkin.

"Umno memberitahu bahawa saya kembali ke Johor hanya khabar angin dan bahawa saya akan dibelasah di Johor kerana Johor merupakan kubu kuat Umno.
"Malam ini saya ingin menegaskan bahawa saya tidak takut (Umno) dan saya akan bertanding di Johor sebagai 'Anak Jantan'," katanya kepada kemana "Allahu Akbar".

Bagaimanapun, beliau enggan memberitahu kerusi DUN atau kerusi Parlimen yang akan ditandingi.

Tetapi menurut maklumat dalaman PAS yang Sallahuddin boleh bertanding di Batu Pahat, Pontian atau Tanjung Piai kawasan Parlimen atau dalam mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan-kawasan ini.

Sekarang ahli Parlimen Batu Pahat ialah Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi (Umno-BN).

Pontian dipegang oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan (Umno-BN), dan Tanjung Piai disandang oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wee Jeck Seng (MCA-BN).


Di terjemah dari berita asal freemalaysiatoday