"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Himpunan Sejuta Umat sebelum PRU13

Ahmad Lutfi Othman
Catatan ini sepatutnya dirakam pada 2 Ogos lalu. Sebagai aktivis kebebasan media, saya terkesan dengan tarikh berkenaan apabila laman MerdekaReview edisi bahasa Melayu ditamatkan operasinya pada Khamis yang suram itu, ekoran masalah kewangan berpanjangan bagi membiayai kos penyelenggaran.

Di sebelah paginya, saya dan beberapa karyawan Harakah mengunjungi Tan Sri Abd Kadir Sheikh Fadzir di pejabatnya, di The Mines, Seri Kembangan. Bekas Menteri Penerangan itu melayan mesra kami, menunjukkan gambar-gambar kenangan yang bersejarah, bercerita tentang politik Malaysia yang berada di persimpangan, dan apa yang paling mengujakan saya, bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu nampak begitu serius berbicara soal media dan politik.

Kadir secara serius mencadangkan satu perhimpunan besar-besaran Pakatan Rakyat, dengan target menghimpunkan sejuta orang, di sebuah lokasi tertutup, seumpama Stadium Bukit Jalil atau Shah Alam, bagi menunjukkan kesatuan padu parti-parti pembangkang, dan menolak dakyah elit pemerintah yang sentiasa mencari jalan untuk "mengacau-bilaukan" seteru politiknya.

"Ya, kita boleh boleh namakan apa saja, misalnya Bersih 4.0, dan saya boleh menjadi tenaga pentingnya ... Bariskan serentak pemimpin utama Pakatan, dan buat pengisytiharan bagi menamatkan salah faham, khususnya antara PAS dan DAP. Memang selama ini pun, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sudah berucap berulang kali mengenai hal itu," tegasnya, sambil bertanya apakah saya juga setuju dengan cadangan tersebut.

"Selepas himpunan sejuta di Kuala Lumpur, maka kita akan berpindah ke negeri-negeri, dengan matlamat 100,000 hadirin. Kita perlu himpunan yang mendatangkan impak besar kepada pengundi sebelum PRU13," kata Kadir sambil merujuk kejayaan himpunan Hijau anjuran PAS. "Tapi kali ini ia membabitkan semua parti pembangkang," tambahnya.

Tentunya saya lebih tertarik apabila beliau mencadangkan agar himpunan itu memfokuskan kepada tuntutan akses media yang adil dan bebas. Katanya, isu media merupakan antara perkara paling pokok dalam sistem demokrasi dan proses pilihan raya. Ia sama sekali tidak boleh dipandang remeh, katanya, sambil menekankan bahawa maklumat harus sampai ke segenap pelosok tanah air dan setiap pintu rumah.

"Tidak semestinya apabila kita berada di pihak yang benar, seperti dalam isu air di Selangor, maka rakyat secara automatik akan memihak kepada kita sekiranya kempen penerangan atau penjelasan kerajaan negeri tidak disusun dengan baik," ujar Kadir.

"Meneliti propaganda yang dimuatkan khususnya dalam TV, saya harap kita jangan pandang mudah perkara ini. Saya perhatikan, ia juga boleh mempengaruhi penonton, apataha lagi jika dipersembahkan secara yang menarik perhatian awam," katanya. Saya kira beliau mungkin merujuk slot kempen secara halus BN, selain iklan Janji Ditepati, yang semuanya menjurus untuk menentukan kecenderungan mengundi dalam PRU13 nanti.

Menyedari saya juga anak Kedah, Kadir terdorong untuk membicarakan pergolakan politik di sana. Beliau seperti membayangkan sedikit kerisauan dengan percubaan Umno untuk menonjolkan anak bekas Perdana Menteri, Mukhriz Mahathir, terutama apabila menjangkakan ia boleh mempengaruhi pola mengundi masyarakat Tionghua negeri itu.

Bagaimanapun beliau yakin dengan kewibawaan gabungan pemimpin PAS Kedah, yang diterajui Ustaz Azizan Abdul Razak. "Lihat saja barisan Exco Kerajaan Negeri, kita ada dua doktor perubatan, dua jurutera profesional, dua peguam terlatih ... Sdr sendiri tahu latar belakang pemimpin Umno Kedah, termasuk pengerusinya, 'kan?" hujahnya disambut gelak-tawa kami.

Beliau kemudiannya menyebut senarai nama pemimpin PAS yang dilihat berpotensi, dengan latar pendidikan yang hebat dan gerakerja masyarakat yang berakar umbi, malah disifatkannya jauh lebih baik berbanding pemimpin Umno.

"Melayu yang terbaik ada dalam PAS sekarang, dan jika ada pihak yang masih sayangkan Umno, maka berikanlah peluang untuk membersihkan Umno dengan menjadikannya pembangkang selepas PRU13 nanti," katanya dengan nada bersungguh-sungguh.l

Walaupun MerdekaReview tidak sempat bertapak lama dalam dunia kewartawanan khususnya ketika media baru menjadi fenomena, namun ia sempat melakar sejarah penting yang tidak akan dilupakan, dan sebenarnya telah menunjuk jalan kepada pengamal media lain. Malah saya mendoakan agar laman ini dapat dihidupkan semula. Justeru, ia belum boleh dikuburkan lagi.

Usia edisi bahasa Melayunya pun masih muda, saya kira hanya sekitar tiga tahun. Saya difahamkan, petugasnya hanya seorang, iaitu editor Lim Hong Siang, yang juga kolumnis Harakah.

Gaya Lim melapor dan menganalisis ada keunikan tersendiri. Menarik dan memikat. Laporannya pasti berbeda berbanding pemberita lain. Beliau juga ada kemahiran bercerita, yang jarang dimiliki wartawan muda lain, apatah lagi dari kalanngan bukan Melayu. Daya hidunya terhadap persoalan yang patut diketengahkan dalam laporan juga istimewa.

Lim memang anak muda yang berdedikasi dan menjiwai tugasnya. Ya, bayangkan, beliaulah editor sekali gus menjadi pemberita yang terpaksa berkejar memburu bahan. Semasa saya uzur, beberapa kali Lim berkunjung ke kediaman saya, di Bukit Ampang. Ternyata beliau seorang rakan yang menyenangkan.

Saya minta ulasannya terhadap "2 Ogos yang tragis" itu. Menyedari saya masih lemah, Lim respons melalui FB: "Mungkin ramai menganggap pada peringkat ini, misi paling mustahak untuk tumbangkan regim BN. Maka semua sumber dicurahkan ke arah itu. Alat propaganda parti politik lebih diutamakan. Namun tanpa disedari, suara bebas dan berkecuali diabaikan. Sebab suara ini (media alternatif) tidak terkawal, boleh jadi mengkritik diri pula.

"Namun, untuk menggerakkan pendemokrasian, saya anggap suara ini penting, meskipun ada kalanya tidak begitu enak didengar atau dilayan. Namun masyarakat perlu dilatih untuk menyesuaikan diri dengan suara berbeza.

"Suara sedemikian juga diperlukan, tatkala lidah parti akan elak untuk sentuh sesetengah isu kerana mempertimbangkan kepentingan politik. Media alternatif sediakan ruang, melatih masyarakat untuk bersedia menerima idea-idea baru dan progresif."

Apa pun, bagi saya, kalimah akhir ini lebih syahdu: "Seandai kehilangan MerdekaReview mampu menyedarkan sesetengah pihak akan kepentingan media alternatif, dan melayan media alternatif dengan lebih baik pada masa depan, maka memadailah "pengorbanan" ini."

Hafiz Zainuddin, Roketkini.com, mengulas: "Ia (MerdekaReview) bukanlah sebuah medium maklumat sembrono yang memuntahkan segala caci maki dan fitnah. Jauh sekali untuk melagakan antara kaum dan agama. Sifatnya murni, menjadi sebuah medium perantara yang bebas, agar rakyat Malaysia dapat membuat penilaian dan pemerhatian yang tidak canggung terhadap Malaysia dan pemain-pemain politiknya."

Walaupun saya sendiri tiada jalan keluar untuk menyelamatkan MerdekaReview, khususnya apabila membabitkan hal kewangan, namun saya merayu agar kita sama-sama memikirkan nasib dan masa depan laman-laman seumpama ini. Pengorbanan Lim dan rakan-rakannya jangan dibiarkan sia-sia ...

Tamrin keluar Umno, serah borang sertai PAS

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR: Selepas kerap tampil di pentas PAS dan Pakatan Rakyat, bekas ahli Umno, Datuk Tamrin Ghafar (gambar) akhirnya meninggalkan parti itu dan secara rasmi menyertai PAS malam ini.
Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM), Taman Melawar malam ini.

Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) suatu ketika dahulu.

Tamrin dalam ucapannya berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.

Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat.

"Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi.

"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," katanya.

Tamrin turut berjanji akan membantu PAS dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya berjanji akan berkempen berhabis-habisan bersama tuan-tuan kerana saya lihat perjuangan PAS sangat ikhlas. Saya yakin kemenangan berpihak kepada PAS," katanya.

Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin PAS tidak boleh dijual beli.

"Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama.

"Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk PAS tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan Umno," katanya.

Kes Rogol: Blogger pro PKR dipenjara 3 bulan

setisab
Blogger Amizudin Mamat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya.

"Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini," katanya.
Beliau berkata jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima.

"Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak," katanya.
Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: "Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham."

Zabariah berkata jika tidak faham mengenai perintah mahkamah, Amizudin sepatutnya bertanyakan kepada peguamnya terutama apabila membabitkan kes pelanggaran perintah mahkamah.

Selesai prosiding, Amizudin yang kelihatan sedikit terkejut dengan keputusan mahkamah itu memeluk peguamnya Ahmad Nizam Hamid dan dia kemudiannya dibawa masuk ke dalam kamar mahkamah untuk urusan ke penjara.

Pada 21 November tahun lepas, Rais, 70, diberi kebenaran untuk memulakan prosiding pemenjaraan terhadap Amizudin berhubung dengan saman yang difailkan olehnya.

Pada 19 Julai tahun lepas, Rais memenangi saman beliau dan blogger itu diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi membayar RM300,000 sebagai ganti rugi dan RM100,000 sebagai kos kepada menteri itu.

Rais memfailkan saman itu pada 31 Jan, 2011, terhadap Amizudin, 42, yang merupakan anggota jawatankuasa Pemuda PKR, bagi memfitnah berhubung artikel yang diterbitkan dalam laman blog blogger itu, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Dis, 2010.

Terdahulu, Ahmad Nizam dalam rayuan bagi hukuman ringan memohon mahkamah supaya tidak mengenakan hukuman penjara ke atas anak guamnya dengan mengambil kira bahawa Amizudin telah memohon maaf atas kesalahannya.

Bagaimanapun peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais berhujah bahawa artikel yang dikeluarkan itu bukan sekali tetapi 11 kali.

"Kalau buat sekali, kita mungkin anggap dia tersilap, ini 11 kali, dalam membuat rencana penghinaan itu, contemnor (seseorang yang telah melakukan penghinaan mahkamah) juga telah tulis dengan jelas bahawa dia sedar ada perintah mahkamah yang melarang dia daripada tulis sedemikian."

Muhammad Shafee memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman penjara ke atas Amizudin sebagai pengajaran kepadanya dan juga kepada bakal pesalah yang lain.
- Bernama

Rubingah kena pilih antara dua: 1 ~ Buat surat penafian atau 2 ~ Ikut jejak Arwah Altantuya Shariibuu. Sebagai anak desa yang hidup dalam serba kekurangan... maka cadangan pertama menjadi pilihan Rubingah.


Menurut mereka lagi, sehingga ianya didedahkan oleh Wikileaks pada akhir Desember 2010, Migran Care tidak pernah menghebahkan kes tersebut kepada mana-mana pihak ekoran permintaan mangsa, Rubingah.


Rogol Amah: 2 Menteri, Ketua Polis Negara Terlibat. Pendedahan oleh WikiLeaks terhadap insiden perogolan seorang pembantu rumah warga Indonesia oleh seorang menteri dalam kerajaan Barisan Nasional telah ...


Kerajaan Rakyat : Mungkinkah kes rogol pembantu rumah warga Indonesia yang pernah dikaitkan dengan Rais Yatim menjadi punca utama pihak berkuasa Indonesia masih meneruskan pembekuan ini? PUTRAJAYA: ...


Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim disaran membuat laporan polis atau membawa pihak yang mengeluarkan bukti ke mahkamah atas tuduhan rogol amah bagi membersihkan namanya. Menurut Ketua Angkatan Muda ...


Gantung Segera Tugas Rais Yatim. KENYATAAN MEDIA KETUA WANITA KEADILAN MERANGKAP AHLI PARLIMEN AMPANG. 6 JANUARI 2011, KHAMIS. Saya berasa amat kesal apabila insiden “Menteri Rogol Amah” ini ...


"Papa pun tak tau, nanti Papa tanya Pakcik Rais". ... amah Indonesia pun telah menafikan yg beliau kena rogol dan DSRY pun menafikan yg beliau merogol amahnya.jadi tak payahlah kita gembar gemburkan kes yg merupakan fitnah ni.kalau difikirkan secara logik, TAK MUNGKIN DSRY sanggup merogol amahnya krn beliau merupakan seorg menteri yg kenali ramai di seluruh rantau asia tenggara malahan dunia, jadi buat ape beliau nak memalukan dirinya ...