"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apakah Hajat Besar Haron Din Jumpa Anwar?

Mohd Sayuti Omar
Tepatnya malam Isnin lalu Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din telah mengadakan pertemuan sulit dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. Pertemuan di antara kedua sosok ini jarang berlaku akhir-akhir ini. Haron Din dikatakan kurang mesra rakyat dengan Anwar tidak seperti diawal-awal zaman reformasi lalu. Lantaran itu jarang kelihatan mereka berada atas pentas sama akhir-akhir ini.
Muktamar PAS Ipoh: Anwar paling kanan dan Haron kiri sekali.
Gara-gara itu menyebabkan pertemuan di antara mereka berdua menimbulkan titik soal kepada sesetengah yang mengetahuinya dan tentulah akan menjadi persoalan umum. Apakah tujuan di sebalik pertemuan itu? Apakah ia ada membawa misi atau agenda besar dalam Pakatan Rakyat? Atau apakah ada pencemaran ke atas konsensus sebelum ini?

Pada pertemuan itu Haron Din dikatakan datang bersendirian manakala Anwar ditemani oleh seseorang yang lain mungkin untuk dijadikan saksi. Pertemuan itu di luar rumah Anwar? Tiada kenyataan akhbar bersama dikeluarkan oleh mereka berdua selepas itu dan ini menguatkan lagi tanggapan ia amat SULIT dan PENTING. Jangan menghiris hati sudahlah...

Sekiranya ia atas urusan Pakatan Rakyat sudah pasti pertemuan itu akan melibatkan salah seorang lagi wakil PR iaitu DAP. Tetapi yang nyata tiada wakil DAP.

Manakala apabila ia tidak ada kenyataan akhbar bersama dikeluarkan menjadikan pertemuan itu misteri dan penuh tanda tanya. Mustahil kalau pertemuan itu mengenai soal pembahagian kerusi kerana perkara itu sudah dilengsaikan. Formula dipakai dalam pembahagian kerusi adalah PKR 120 atau 122, DAP 40 dan PAS 60 atau 63. Apakah ia mengenai kerusi perdana menteri? Tetapi bukankah secara lisannya Pakatan Rakyat sudah menyetujui Anwar yang akan dilantik menjadi perdana menteri? Atau ada idea baru mengenai jawatan ini?

Semasa muktamar PAS di Kota Bharu lalu ada beberapa perwakilan muktamar memberi pendapat bahawa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga layak menjadi perdana menteri? Apakah mengenai perkara itu? Walaupun ia dinafikan oleh PAS tetapi pandangan itu sesuatu yang sedap untuk diilusikan. Kata Abdul Hadi; syok juga kalau jadi perdana menteri.

Persoalan juga timbul apakah kedatangan Haron Din itu membawa mesej daripada bosnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am atau pun atas inisiatifnya sendiri? Ataupun ia adalah atas permintaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang? Mungkin sebagai ketua Nik Aziz boleh mengesahkan akan pertemuan ini dalam masa terdekat.

Juga timbul persoalan kalau ia mesej parti, kenapa tidak disampaikan sendiri oleh presiden atau diwakilkan kepada Setiausaha Agung, Mustapa Ali yang dianggap layak dan bersesuaian berbanding dengan Haron Din. Atau kerana Haron Din adalah 'memanda tua' maka beliau dihantar kerana Anwar juga menghormati timbalan musryidul am PAS ini?

Pertemuan yang berlangsung lebih satu jam dan dihidangkan dengan susu pekat panas, buah-bauhan, kopi 'O' serta sandwis itu bakal menjadi isu kalau ianya tidak ditangani secara telus dan terbuka. Maksudnya tidak menjelaskan apakah tujuan di sebalik pertemuan itu.

Adalah tidak elok kalau apa-apa pertemuan yang ada hubung kait dengan Pakatan Rakyat tetapi tidak disertai sama oleh satu lagi fraksi DAP. Lainlah kalau pertemuan itu bersifat terbuka seperti mana pertemuan Nik Abdul Aziz dengan Karpal Singh di rumah pengerusi DAP di Pulau Pinang dua minggu lepas.

Tunggulah hasil pertemuan atau buah butir pertemuan itu akan diketahui juga kelak. Dan selok-eloknya tujuan pertemuan eksklusif pada malam hari itu dihebuhkan kepada umum dan tidak baik kalau sampai ia pecah sendiri.

Orang politik tidak boleh menyimpan buah berbau di dalam rumahnya kerana lama ke lamaan ia akan merebak juga baunya ke luar. Baik jelas sebelum orang tahu dari sumber lain kerana banyak definasinya nanti. Dalam hal ini sebaik-baik pihak yang perlu mendedahkan ialah Haron Din kerana dia yang mendatangi Anwar Ibrahim maka dia dilihat ada hajat besar. [wmk.kl.10:38 am 07/02/13]

BN Bakal Letak Calon Payung Terjun Di Wangsa Maju

Shahbudin Husin
Di antara 222 kerusi Parlimen yang menjadi rebutan antara BN dan PR dalam pilihanraya umum akan datang, Wangsa Maju dikira paling unik kerana ia bukan saja bakal menyaksikan persaingan sengit antara kedua gabungan itu tetapi juga disebabkan perebutan yang tidak sudah-sudah antara UMNO dan MCA di mana masing-masing merasakan layak bertanding di kerusi tersebut.

Oleh kerana MCA telah tewas pada pilihanraya 2008 lalu dengan kekurangan 150 undi, UMNO lantas merasakan kini giliran mereka pula untuk menebus kekalahan itu. Shafie Abdullah yang merupakan Ketua UMNO dan Pengerusi BN Wangsa Maju sedang dinobatkan sebagai calon paling layak untuk mengibarkan panji-panji kemnenangan BN di situ. Kedudukannya sebagai Setpol Najib dijadikan lagi sebagai markah tambahan yang didakwa mampu menambahkan lagi sokongan pengundi kepada BN.

MCA pula tidak mahu mengalah dan merasakan mereka wajar diberi peluang kedua. Yew Teong Look yang kalah 150 undi kepada Wee Choo Keong daripada PKR dalam pilihanraya lalu, ternyata masih bernafsu dan berkeyakinan untuk menebus semula kekalahan itu.

Dalam persaingan itu dan keghairahan masing-masing mahu menunjuk pengaruh serta kekuatan, berlakulah pemulauan, pemboikotan dan monopoli. MCA Wangsa Maju yang diketuai oleh Yew Teong Look tidak pernah menghadiri mesyuarat BN Wangsa Maju yang dipengerusikan oleh Shafie Abdullah serta memulau banyak program anjuran UMNO dan BN.

MCA dan Yew Teong Look seperti memberi isyarat bahawa jika BN memilih Shafie sebagai calon, beliau tidak mungkin menang kerana tidak mendapat sokongan daripada pengundi Cina.

Shafie pula yang ghairah mahu menonjolkan diri sebagai bakal calon di Wangsa Maju, langsung tidak mempedulikan adanya pemulauan dan pemboikotan daripada MCA itu dan cuba mengatur sebanyak mungkin program sampai terbabas sehingga memonopoli semua program penyampaian sumbangan RM100 kepada murid-murid sekolah baru-baru ini, sehinggakan tidak memberi peluang langsung kepada MCA atau Gerakan berbuat demikian. Oleh kerana terdapat agak ramai pengundi Cina di Wangsa Maju dan beberapa sekolah Cina juga terdapat di situ, monopoli Shafie itu telah menyinggung hati MCA.

MCA secara terus terang mengkritik monopoli yang dilakukan oleh Shafie dan dianggap tidak menghormati semangat setiakawan BN.

Sehingga ini, di mana tarikh pilihanraya hanya menunggu detik dan masanya saja, masih tidak terdapat tanda-tanda sengketa antara UMNO dan MCA akan menemui titik perdamaian di Wangsa Maju. BN Pusat juga masih tidak memberi kata putus siapa antara UMNO dan MCA yang bakal bertanding di situ. Maka, selagi itu drama ini bakal menjadi telenovela yang tidak berpenghujung.

Dalam kedudukan BN yang masih bergelut untuk mencapai kemenangan, masalah yang masih berlarutan antara UMNO dan MCA di Wangsa Maju ini sebenarnya cukup memalukan sekali. Lebih-lebih lagi ia juga melibatkan pegawai yang bekerja dengan Najib sendiri.

Sementara Najib sering melaungkan semangat 1Malaysia, mengeratkan perpaduan, memahami semangat setiakawan dan merapatkan jentera untuk menghadapi pilihanraya yang mungkin paling sengit dalam sejarah negara manakala kedudukan Najib juga tidak pasti sama ada kekal lagi sebagai Perdana Menteri atau beralih ke kerusi Ketua Pembangkang, semangat itu rupa-rupanya gagal difahami oleh mereka yang dekat dan bekerja dengannya sendiri. Keghairahan menjadi calon dan bergelar YB mengatasi segala kepentingan yang lain.

Di atas kertas, selagi sengketa antara UMNO dan MCA ini gagal diselesaikan, harapan BN untuk menang di Wangsa Maju hanyalah fatamorgana saja.

Di kala persaingan antara UMNO dan MCA kekal membahang, kalangan mereka yang dekat dengan UMNO dan Najib sendiri membayangkan bahawa kerusi Wangsa Maju akan terus kekal ditandingi oleh MCA tetapi bukan Yew Teong Look calonnya. Difahamkan seorang pemimpin MCA Pusat akan diletakkan bertanding mewakili BN nanti.

Mereka berhujah bahawa jika kerusi Wangsa Maju yang selama ini milik MCA mahu diberi kepada UMNO, kerusi milik UMNO mana pula yang mahu diserahkan kepada MCA?

Lebih dari itu, dalam pilihanraya kali ini di mana sokongan pengundi Cina begitu penting untuk menjana kemenangan, Najib dikatakan tidak mungkin berani menyinggung hati MCA semata-mata untuk menyediakan laluan kepada Shafie, pegawainya sendiri. Terguris hati MCA dan pengundi Cina di Wangsa Maju, impaknya mungkin merebak ke seluruh negara dan membahayakan kedudukan BN keseluruhannya.

Tetapi terluka hati UMNO Wangsa Maju dan Shafie kerana tidak kesampaian hasrat menjadi calon, demamnya mungkin cuma sehari dua. Diberi panadol pulihlah ia.

Sebagai Pengerusi BN dan Ketua UMNO Wangsa Maju, walaupun tidak terpilih sebagai calon, Shafie tetap akan bekerja kuat memenangkan calon BN demi kelangsungan masa depan Najib dan BN sendiri.

Atas perkiraan ini, mereka yang mengenali stail politik Najib hampir mempercayai bahawa MCA akan kekal lagi bertanding di Wangsa Maju. Cuma calonnya saja yang akan ditukar. Meletakkan calon payung terjun daripada MCA bagi mewakili BN dianggap sebagai jalan tengah paling munasabah bagi meredakan sengketa daripada terus berlarutan.

Sementara itu, sumber yang dekat dengan MCA Wangsa Maju dan Yew Teong Look juga tidak menolak kemungkinan itu dan berkata, perjuangan beliau di Wangsa Maju selama ini bukanlah kerana kepentingan peribadi tetapi kerana mempertahankan maruah MCA sebagai anggota komponen BN.

Beberapa tokoh MCA Pusat dikatakan menunjukkan minat untuk bertanding di Wangsa Maju kerana dianggap kerusi yang berpotensi untuk dimenangi walaupun menyedari bahawa PR bakal meletakkan Tan Kee Kwong, bekas timbalan menteri dan Naib Presiden Gerakan yang telah menyertai PKR, sebagai calonnya. Bagi MCA kekalahan 150 undi dalam pilihanraya lalu mampu ditebus kali ini melalui gerak kerja yang betul dan bersungguh-sungguh

Nasharudin Mat Isa mengikuti jejak rakan taulannya seperti Nakhaei dan Hasan Ali untuk berada di pihak yang bermusuhan dengan PAS

Minda Rakyat

Nakhaei sebelum menjadi warga kaki lima UMNO, beliau adalah pernah menjawat Naib Presiden PAS.


Hasan Ali pula pernah menjadi Naib Presiden PAS, PJ Selangor dan Exco Kanan Kerajaan Selangor.

Seperti biasa, apabila sudah meletakkan sebelah kaki dalam UMNO, maka tugas utamanya adalah menghentam, menghina, mengkritik dan memperlekehkan PAS.

Sudah tentu Utusan dan TV3 menjadi tempat untuk melancarkan serangan. Selepas Hasan Ali sudah mula hilang "manis" untuk tunggu masa disepahkan, kini giliran Nasharuddin pula memeriahkan kembali suasana sakan menghentam PAS.

Sehari dua ini, media barua UMNO, Utusan dan TV3 begitu "galak" memberi microphone kepada Nasharuddin.

Kita beri peluang buat Nasha untuk berbuih-buih mulut menghina PAS sehingga dia mati kepuasan.

Kita melihat manusia yang bergelar Ustaz Nasha semakin hanyut, hanyut dan hanyut. Beliau mula hanyut apabila kehilangan jawatan Timbalan Presiden PAS.

Semakin hanyut apabila tidak menghadiri Muktamar PAS di Kota Bahru 2012 lalu. Tetapi muncul di Mekah bersama PMNajib.

Semakin jauh hanyut apabila sekali lagi "bersantai sambil bercanda" bersama PMNajib di Gaza.

Cuba lihat hebatnya strategi PMNajib mengumpan Ustaz Nasha menggunakan tema perpaduan ummah dan lokasi yang strategik iaitu Mekah dan Gaza. Hebat bukan?

Mengapa tidak pilih London atau Washington atau Ulan Bator ?

Kepada Najib ini suatu strategi, malangnya Ustaz Nasha terlalu "perasan tinggi".

Dalam Dialog TV3 semalam, beliau dengan bangganya "berperasan tinggi" seolah-olah menjadi Speaker Parlimen Malaysia apabila di minta wakili Speaker Malaysia di OIC .

Apa pula perasan beliau apabila dijemput PMNajib temani beliau di Mekah dan Gaza? Perasan untuk gantikan tempat Jamil Khir, Mashitah atau tempat Nakhaei di kaki lima PWTC !

Satu renungan, dengar khabar Ustaz Nasha adalah anak didik dan mendapat tarbiyyah dari Al Marhum Ustaz Fadhil.

Apapun, bukan salah ibu mengandung! Tepuk dada, tanya iman masing-masing.