"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SEGERA Minta tolong: Tak dapat menoreh kerana sering dikejar dua ekor ular sawa besar dikebun

SUREENA
Saya tidak dapat meneruskan pekerjaan saya sebagai penoreh getah walau ia satu-satunya sumber pencarian saya.

Ia adalah kerana kehadiran dua ekor ular sawa besar yang sering mengejar saya. Tiada penduduk dapat membantu kerana takut.

Saya berharap ada pihak yang berkenaan dapat membantu saya untuk meneruskan hidup saya untuk menoreh dengan menangkap ular-ular itu.

Kebun itu terletak di parlimen Jeli, mukim Jeli di Gemang No PT 4530, Kelantan.

Penyanyi Man Bai sudah hilang sabar, isterinya ada skandal dengan lelaki lain

FotoKuala Lumpur: Penyanyi Man Bai atau Abdul Rahman Osman, 47, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lelaki warga Singapura yang dipercayai mempunyai skandal dengan isterinya di laman sosial Facebook (FB) baru-baru ini.
Man Bai berkata, dia sudah tidak boleh bertolak-ansur dengan perbuatan tidak bermoral individu berusia 44 tahun itu lagi kerana dia pernah memberikan amaran sebelum ini, namun keadaan masih tidak berubah.

“Saya pernah beri amaran kepada dia sebelum ini, tapi nampaknya dia benar-benar mahu mencabar saya! Semua bukti saya sudah kumpul dan saya akan bawa ke pihak berkuasa dalam sehari dua.

“Lelaki itu pernah memikat dan menjalin hubungan dengan isteri saya di FB sekitar 2008 hingga 2012. Apabila saya dapat hidu perbuatan mereka berserta bukti pada 2012, saya beri amaran kepada lelaki itu dan isteri untuk menghentikannya.

“Selepas itu, keadaan ‘okey’ tapi pada minggu lalu saya dapat kesan lelaki yang sama muncul semula di FB dan menjalin hubungan dengan isteri saya. Cuma kali ini dia guna identiti palsu untuk mengaburi mata saya. Saya tak bodoh dan akhirnya dapat juga kesan dia lelaki yang sama.

“Keadaan semakin melampau dan saya tak akan berlembut lagi kali ini. Saya sudah ada semua bukti dan akan bawa perkara ini ke tengah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
-hmetro-

Makcik ni bela harimau untuk takutkan kera (Gambar)

Kehadiran patung harimau membolehkan hasil tanaman Azizah Saad sekeluarga tidak lagi dirosakkan oleh kera.
POKOK SENAL: Setiap pengunjung yang datang ke rumah Azizah Saad, 52, di Kampung Pauh, dekat sini pasti akan terkejut dengan kewujudan seekor harimau di rumahnya itu.

Harimau itu dikatakan sering berada di hadapan dan belakang rumah serta di bawah pokok hingga pengunjung terpaksa menelefonnya terlebih dahulu jika ada temu janji berikutan bimbang keselamatan mereka setiap kali sampai ke rumahnya itu.

Difahamkan, harimau itu dikatakan menjadi penunggu rumahnya setiap kali dia dan suaminya, Johari Hanafiah, 56, bersama anak mereka keluar dan harimau itu menjaga hasil tanaman mereka agak tidak dicuri atau dirosakkan pihak tertentu.

Azizah berkata, sejak mereka berpindah 15 tahun lalu, kawasan rumahnya itu dahulunya adalah hutan dan banyak kera yang sering merosakkan tanaman mereka serta orang kampung hingga memaksa mereka mencari pelbagai cara untuk menghalaunya tetapi tidak berjaya.

“Sebenarnya harimau itu ialah patung yang digunakan untuk menghalau kera yang sering merosak dan mencuri hasil tanaman di rumah saya ini. Semenjak saya menggunakan teknik ini hasil tanaman kami tidak lagi dicuri oleh binatang perosak itu.

"Dahulunya terdapat kira-kira 50 hingga 100 kera sering datang ke kampung kami merosakkan tanaman. Malah pernah juga turut memasuki rumah jika kami sekeluarga keluar dan binatang itu mengambil kesempatan memasukinya," katanya.

Bagaimanapun sehingga kini, teknik yang digunakan itu telah memberi manfaat kepada keluarganya kerana semenjak itu binatang perosak tidak lagi berani mendekati halaman rumah mereka.

Menurutnya, dia mendapat idea meletak patung harimau itu selepas melawat rumah saudaranya di Pantai Remis di kawasan kelapa sawit yang turut menghadapi masalah sama.

"Teknik itu sangat berkesan hingga menyebabkan saya turut membeli anak patung harimau di Air Hitam, Johor Bahru dengan harga RM120 dan meletak di sekitar halaman rumah.

“Alhamdulillah, semenjak saya meletak di sekitar halaman rumah, binatang seperti kera dan babi hutan tidak lagi berani menghampiri kawasan rumah kami," katanya.

Malah katanya, bagi mengelirukan binatang perosak itu, dia turut sering mengubah patung harimau itu.

"Apa yang menariknya, semasa kami meletakkan harimau di bawah pokok, kami tengok gelagat kera yang datang sekumpulan berteriakan seolah-olah bimbang akan menjadi mangsa harimau itu," katanya.
- Sinar Harian-