"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami rakus ‘sewakan’ isteri kepada 2,700 lelaki

Pelacur3Paris: Demi meraih wang pendapatan yang lumayan, seorang lelaki ini tergamak bertindak menyewakan isterinya kepada 2,742 orang pelanggan yang berurus niaga dengannya melalui internet semenjak 4 tahun lalu.
Lelaki yang berusia 54 tahun itu dikatakan meraih pendapatan sebanyak lebih RM23 ribu sebulan dengan hanya melacurkan isterinya yang berusia 46 tahun.

Perniagaan yang mendatangkan hasil lumayan kepada lelaki terbabit dijalankan di rumahnya yang terletak di pinggir bandar di Meaux, Paris.

Dia tinggal di rumah itu bersama-sama isterinya dan anak mereka yang berusia 5 tahun.

Sementara isterinya ‘diratah’ oleh pelanggan di dalam rumah mereka, lelaki tersebut bersama anaknya akan duduk dan tunggu di dalam kereta mereka di luar.

Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka telah ditangkap minggu lalu namun hanya lelaki berkenaan dikenakan hukuman kerana pihak pendakwaraya percaya isterinya hanyalah mangsa eksploitasi lelaki rakus itu.

Emmanual Dupic dari pihak pendakwaan berkata, ” Si suami telah mengenakan kuasa psikologi terhadap isterinya daripada berhenti daripada memberikan layanan seks kepada pelanggannya.”

Walaupun bidang pelacuran sah di sisi undang-undang di Perancis namun pemerdagangan manusia tidak diterima sama sekali.

Kini, lelaki tersebut berhadapan dengan perbicaraan mengenai jenayahnya dan boleh dikenakan penjara selama 10 tahun tetapi dibebaskan dengan ikat jamin.
-kualalumpurpost-

PAS gila talak meroyan tak tentu hala

Pakatan Rakyat sudah lama berkubur, kata PKR kepada PAS
ZULKIFLI SULONG
Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, tidak lagi mempunyai dasar rangka kerja menyebabkan ia sudah mati. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Oktober, 2015.
Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, tidak lagi mempunyai dasar rangka kerja menyebabkan ia sudah mati. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Oktober, 2015.

Pakatan Rakyat (PR) sudah mati, demikian kata seorang pemimpin PKR hari ini selepas timbalan presiden PAS mengatakan gabungan pembangkang itu masih hidup walaupun hanya mempunyai 2 ahli.

Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, tidak lagi mempunyai dasar rangka kerja, mahupun Majlis Presiden yang membuat keputusan bersama, begitu juga urusetia yang menyelaraskan program dan aktiviti pakatan itu.

Semua itu wujud selepas PR ditubuhkan pada 1 April, 2008 berikutan pilihan raya umum tahun itu, dengan dasar rangka kerja bersamanya disediakan pada 19 Disember, 2009.

"Hari ini semuanya itu tidak lagi wujud dan ini bermakna PR tidak lagi berfungsi," kata Saifudin yang juga bekas setiausaha agung PKR.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man malam tadi yang PR masih hidup seperti mana terbukti melalui sokongan dan kerjasama politik di Selangor dan Kelantan.

"PR tanpa DAP adalah platform politik yang masih utuh dan kekal sehingga kini. PR masih lagi wujud," katanya.

Timbalan presiden parti Islam itu berkata, PAS dan PKR mengadakan pertemuan minggu lalu dan mereka bersetuju menyusun semula kekuatan antara mereka.

Tetapi Saifuddin hari ini berkata, pemahaman Tuan Ibrahim mengenai apa yang dibincangkan dalam mesyuarat itu mungkin berbeza.

Saifuddin berkata, PKR mengadakan 4 pertemuan dengan PAS setakat ini, dan semuanya diketuai Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, tidak ada satu pun mesyuarat itu yang turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Namun, tiada sebarang keputusan politik pernah dibuat ketika mesyuarat itu melainkan sekadar bertukar-tukar pandangan perihal isu semasa, kata Saifuddin, sambil menambah, menjadi dasar PKR mengekalkan pendekatan terbuka dan inklusif dengan semua parti yang bertekad menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

"Pernah dalam satu pertemuan yang saya turut hadir, PKR mencadangkan PAS dapat bersetuju dengan 'formula satu lawan satu' dan perwakilan PAS meminta untuk kembali membincangkan idea itu dalam mesyuarat pimpinan utama parti.

"Idea ini, jika dipersetujui PAS, boleh dilaksanakan melalui satu 'electoral pact’ dan bukannya Pakatan Rakyat, seperti yang Tuan Ibrahim fahami," katanya.

Saifuddin berkata, Pakatan Harapan kemudiannya ditubuhkan sebagai sebuah gabungan baharu di antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), sebuah parti serpihan diterajui pemimpin PAS progresif yang ditewaskan pada pemilihan parti pada Jun lalu.

"Rasional penubuhannya ialah berlaku kelompangan yang perlu diisi segera demi memberikan pilihan alternatif kepada rakyat. PAS turut dijemput menganggotainya tetapi masih belum bersedia ikut serta," katanya.

PAS enggan menyertai pakatan baharu itu, mengatakan ia tidak lagi boleh bekerja dengan DAP selepas memutuskan hubungan dengan bekas sekutunya itu, dan kerana pemimpin Amanah adalah "pengkhianat" kerana meninggalkan PAS.
Jelajah Pakatan Harapan ke seluruh negara dilancarkan di Labis Johor pada 9 Oktober, 2015. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Oktober, 2015.
Jelajah Pakatan Harapan ke seluruh negara dilancarkan di Labis Johor pada 9 Oktober, 2015.

Sehubungan itu, Saifuddin berkata, keutamaan sekarang ialah memperkemaskan Pakatan Harapan dan hasilnya semakin dapat dilihat.

Mesyuarat pertama Majlis Presiden Pakatan Harapan diadakan pada 19 Oktober lalu, disusuli pengumuman belanjawan alternatif mereka oleh Dr Wan Azizah selaku ketua pembangkang pada 21 Oktober.

Kenyataan bersama pimpinan Pakatan Harapan juga dibuat, menyentuh pelbagai isu semasa, manakala jelajah Pakatan Harapan ke seluruh negara dilancarkan di Labis Johor pada 9 Oktober, 2015.

"PKR komited dengan usaha Pakatan Harapan untuk turun menemui rakyat dan menerangkan pelbagai perkembangan isu yang membabitkan kepentingan rakyat terbanyak.

"Pada masa sama 'engagement' dengan PAS diteruskan kerana sedar pentingnya seluruh tenaga dan potensi parti pembangkang, termasuk dari Sabah dan Sarawak, digembleng ke arah menumbangkan pemerintahan BN," katanya.

Sehingga itu, katanya, satu-satunya pakatan politik yang PKR terlibat memeterai perjanjian ialah Pakatan Harapan, dan perundingan ke arah melaksanakan 'formula satu lawan satu' dengan BN membabitkan parti lain termasuk PAS akan diteruskan.
-malaysianinsider-

Wanita Diserang, Dirompak Dalam Lif Kondominium (video)


KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditendang, diheret dan dirompak oleh dua lelaki di dalam lif di sebuah kondominium di Setapak pada minggu lalu.

Insiden tersebut dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang kini menjadi viral di media sosial.

Mangsa berusia 24 tahun itu mengalami lebam di kesemua bahagian badan dan dua giginya patah.

Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim dalam perjalanan pulang ke kediamannya di tingkat lapan di kondominium Setapak Prima apabila dua lelaki mengekorinya sehingga ke dalam lif pada kira-kira pukul 11.40 malam, 17 Oktober lalu.

Menerusi rakaman CCTV, dua lelaki sedang berbual antara satu sama lain dengan salah seorangnya berdiri di belakang Lim di dalam lif dan menekan butang tingkat lapan hanya selepas beberapa saat lif naik ke atas.

Beberapa saat sebelum pintu dibuka, seorang suspek memberi isyarat dengan menganggukkan kepala kepada rakannya sebelum Lim ditolak ke dinding lif.

Mangsa cuba bertindak balas tetapi keadaan menjadi lebih buruk apabila seorang lagi suspek menarik rambutnya dan mengheretnya keluar dari lif.
Lim cuba untuk mencapai pintu lif tetapi ditendang oleh kedua-dua suspek beberapa kali.

Pintu lif kemudiannya dibuka dan menunjukkan seorang suspek sedang mengira wang tunai manakala seorang lagi memegang beg tangan Lim.

Kaki Lim boleh dilihat dengan dirinya berada di dalam keadaan tidak bermaya terbaring di lantai.

Kedua-dua suspek melarikan diri menggunakan dua kereta. Menerusi pemeriksaan polis mendapati kedua-dua nombor kenderaan yang dinaiki suspek adalah palsu.

Lim yang bercakap kepada pemberita pada sidang media MCA Wangsa Maju berkata, serangan tersebut mengakibatkan dua giginya patah, cedera di dagu dan badan.

Mangsa turut kerugian RM8,000 termasuk dua telefon pintar dan kunci kereta.

China Press melaporkan bahawa serangan itu menyaksikan beberapa pengikat zip hitam ditemui di lantai di lokasi kejadian.

Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Yew Teong Look percaya pengikat zip itu digunakan suspek untuk mengikat mangsa.

"Ia mungkin kerja sindiket. Kita telah menyerahkan maklumat kepada polis dan kita mendapatkan perkembangan berhubung kes ini," katanya seperti yang dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, polis telah mengeluarkan lakaran wajah atau 'fotofit' kedua-dua suspek dan sedang memburu mereka.
-mstar-