"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mustahil cincin RM24 juta hanya untuk ‘pameran sulit’!

http://berita.akufakhrul.com/wp-content/uploads/2011/07/SPRM-digesa-siasat-cincin-RM73-juta-Rosmah-200x150.gif
KUALA LUMPUR: Kenyataan kononnya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin RM24.45 juta hanya untuk tujuan pameran ‘sulit’ adalah sesuatu yang kurang diyakini umum. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata dilihat kepada sifat Rosmah yang sukakan publisiti besar-besaran adalah pelik jika beliau hendak mempamerkan cincin jutaan ringgit di pameran yang sulit.

Sebelum ini, sebuah blog mendedahkan bahawa pameran sulit tersebut berlangsung pada 17-19 April 2011, di sebuah tempat yang turut dirahsiakan.

Berlian itu kemudian dibawa ke Singapura empat hari selepas itu dengan menggunakan borang K2 yang dikeluarkan Kastam Diraja Malaysia sebagai bukti pengeluaran.

Namun, borang tersebut menimbulkan banyak keraguan termasuk status pegawai yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam berkenaan.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham tidak menolak kemungkinan terdapat usaha untuk menggambarkan seolah-olah cincin berlian berkenaan telah dipulangkan semula kepada syarikat pengeluarnya, Jacob & Co yang berpangkalan di New York.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJQ7fav86a8R88WzY20zLP2j9YWJxBUp74uwkJMLB-h-iSSpKVHHF7UajhygfrjgYuOnBtekJ5TeCzCOnW7pW-wOKUEg3se0iNHT6zwQtOLCFvLljAkotYBXF_4sK9dC81VO4oom6dvP7x/s400/cincin+rosmah+2.jpg
Pelbagai penafian dan helah dibuat untuk mengaburi mata rakyat, dan kata Badrul Hisham, adalah suatu yang tidak mengejutkan jika Rosmah akan hantar balik cincin tersebut ke New York.

Badrul Hisham sebelum ini mendedahkan bukti pembelian cincin melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM) tertera nama Rosmah sebagai pengimport dari syarikat berlian mahal itu.

Pada 13 Julai lalu, beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang berhubung cincin “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diomand” yang dibeli Rosmah.

Bagaimanapun, sebaik sahaja SAMM membuat laporan kepada SPRM, sistem KDRM dilapor mengalami kerosakan selama tiga jam, dipercayai sebagai usaha untuk melindungi siasatan. Sehingga kini Rosmah tidak memberikan sebarang penjelasan sebaliknya menggunakan blogger pro Umno untuk menangkis dakwaan berkenaan, dengan menyatakan berlian itu dibawa masuk bagi tujuan pameran sulit, sebelum dibawa keluar ke Singapura.

Setelah negara dikejutkan dengan pembelian cincin berlian RM24.45 juta membabitkan Rosmah, pelbagai cara dibuat untuk melenyapkan pendedahan SAMM itu.

Ini termasuk menyatakan tuduhan itu sebagai palsu dan mendakwa berlian tersebut dibawa masuk ke negara ini hanya bagi tujuan pameran yang kononnya sulit pada 17-19 April 2011.

Justeru, satu borang dikeluarkan yang dinamakan K2 oleh pihak Kastam Diraja Malaysia, bagi membuktikan berlian berkenaan dibawa keluar ke Singapura selepas empat hari memasuki negara ini.

Namun, sebuah blog mendedahkan bahawa borang tersebut menimbulkan banyak keraguan, termasuk status pegawai yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam berkenaan.

Blog yang bernama edyesdotcom.blogspot.com mendakwa, borang K2 itu itu ditandatangani seorang pegawai kastam yang mempunyai nama seakan-akan Perdana Menteri iaitu Abd Najid Razak.

Maklumat yang tertera pada borang itu menunjukkan pegawai tersebut berkhidmat sebagai Penguasa Kastam cawangan pemeriksaan penumpang di KLIA.

Namun menurut blogger itu, pegawai tersebut sebenarnya bertugas di Cawangan Perkhidmatan/Latihan (Latihan) yang bertempat di Aras 9 Selatan, Kastam Putrajaya berdasarkan cop yang bertindan pada borang itu.

Menurutnya, beliau mengesahkan maklumat itu yang dikenal pasti dari laman web rasmi Kastam Diraja Malaysia yang dikemaskini hingga Julai 2011.

“Saya telah membuat pemeriksaan dilaman portal rasmi, dan walaupun dengan maklumat yang terhad. Maklumat tentang pegawai yang diragui itu dapat dikesan, “Ini kerana tidak munasabah, seorang pegawai yang jelas namanya bertugas di Putrajaya menurunkan tandatangan ke atas borang K2 tersebut yang berada di KLIA,” kata penulis blog itu.
-detikdaily-

Taktik jahat Umno-BN terbongkar: 17 ribu pengundi bertindih di Selangor!


http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/mohd%20sany%20hamzanexco%20pemuda%20pas%20pusat.jpgSEMANGAT Bersih 2.0 tidak terhenti pada 9 Julai. Ia akan terus disemarakkan sehingga lapan tuntutan yang terkandung dalam memorandum kepada Yang DiPertuan Agong dipenuhi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini yang ditegaskan Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor. Ikuti butiran lanjut mengenai perkara ini sebagaimana dinyatakan dalam wawancara Editor Harakah, DATO' TARMIZI MOHD JAM dan Wartawan NYZA AYOB pada 28 Julai lalu.

Momentum Bersih 2.0 akan mati jika PAS tidak "memanaskannya" dalam bentuk pelbagai aktiviti di semua peringkat. Bagaimana PAS dapat mobilisasi perkara ini?


MOHD SANY HAMZAN: Mungkin saya boleh tekankan di peringkat Jabatan Pilihan Raya dan Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Di peringkat PAS Selangor, kita minta di semua Pusat Khidmat Masyarakat, Adun atau Penyelaras Dun, Ahli Majlis serta penjawat awam di Selangor sekiranya ingin mengedarkan kad ucapan Hari Raya, lapan tuntutan Bersih itu dimasukkan dalam kad ucapan tersebut. 

Begitu juga sekiranya pihak berkenaan menyediakan sampul duit raya. Lapan tuntutan Bersih itu mesti dicetak di sampul duit raya tersebut. Selain itu kita juga berharap risalah berkenaan tuntutan tersebut diedarkan di masjid-masjid dan surau di Selangor. Ia boleh dimanfaatkan di bulan Ramadan ini kerana  ramai mengunjungi masjid dan surau sepanjang bulan ini. 

Tentang kempen "Kuningkan Sabtu". Kenapa tidak Pemuda PAS sahaja yang mempelopori kempen ini dengan memperkenalkan pelbagai program pada setiap Sabtu?

Memang kami ada mengeluarkan arahan kepada Pemuda PAS di setiap negeri dan kawasan. Sebenarnya Pemuda PAS di negeri dan kawasan cuba untuk melaksanakan program untuk menghidupkan Bersih ini.  Cuma kita nampak sekarang ini Umno dan BN menggunakan polis untuk memerangi momentum Bersih ini.  Apabila ada kalangan Pemuda PAS atau Pakatan Rakyat memakai baju Bersih, mereka akan dicekup. Kita tidak tahu sebenarnya apa yang menyebabkan polis bertindak demikian. 

Apakah yang menyebabkan mereka takut dengan baju kuning dan lapan tuntutan kita itu? Tuntutan kita adalah tuntutan munasabah. Kita bukan hendak merusuh atau melakukan revolusi atau ingin menumbangkan kerajaan dengan mengadakan demonstrasi di jalan raya. Lapan tuntutan seperti celup dakwat, tempoh berkempen 100 hari dan akses kepada media merupakan tuntutan yang kita kira munasabah.

Tetapi apabila kita hendak menghidupkan 'Kuningkan Sabtu', BN menggunakan polis untuk menghalang setiap program yang kita lakukan. Walau bagaimanapun, kita tetap akan teruskan dengan pelbagai program pada setiap Sabtu tetapi dengan program-program seperti yang kita nyatakan di atas sempena Ramadan ini. Kita juga boleh menyatakan sokongan kita dengan menyemarakkan 'semangat kuning' ini dengan mengenakan tema kuning pada Aidilfitri nanti. Itu sebagai tanda sokongan yang penuh simbolik. 

Apa langkah Pemuda PAS untuk menyedarkan masyarakat di luar bandar khususnya di kalangan orang Melayu yang tidak mendapat maklumat benar tentang Bersih 2.0 ini?

Kita juga meminta Pemuda PAS dan Jawatankuasa PAS kawasan  mempergiatkan aktiviti memberi penerangan kepada masyarakat mengenai  apa yang kita tuntut kepada SPR pada 9 Julai lalu supaya dapat dijelaskan kepada masyarakat luar bandar. Saya kira masyarakat luar bandar dan pinggir bandar yang mempunyai akses kepada media dan internet mungkin sudah mengetahui dan memahami tentang lapan tuntutan Bersih ini.

Mungkin masalah tentang memahami perkara ini timbul di kalangan masyarakat luar bandar. Kami akan menerbitkan poster dan kalendar 2012 yang menerangkan mengenai lapan tuntutan Bersih ini. Kami juga telah mengeluarkan arahan kepada PAS kawasan menjual kalendar Bersih ini dengan harga yang amat murah. Dan kita minta kalendar ini dibingkaikan dan ditampal di rumah masing-masing. Maknanya setiap rumah ahli atau penyokong PAS ini mesti mempunyai poster dan kalendar Bersih dan digantung di tempat yang menjadi tumpuan tetamu. Sekurang-kurangnya tetamu yang datang itu, jika dia  belum memahami atau langsung tidak mengetahui apa itu tuntutan Bersih, akan bertanya kepada tuan rumah. 

Ini cara untuk menterjemahkan Bersih?

Lapan tuntutan ini sebenarnya boleh diterjemahkan.  Selain itu kita juga meminta kerjasama Lajnah Penerangan  dan Lajnah Tarbiah supaya semua ustaz-ustaz menggunakan sedikit waktu apabila memberi tazkirah atau  kuliah agama tentang mengapa perlunya untuk mengembalikan  pilihan raya  yang adil, bebas dan saksama dalam sistem demokrasi di negara ini. 

Di peringkat Pemuda PAS Pusat, Lajnah IT sedang menyiapkan cakera padat (CD) yang akan kita edarkan kepada 1.2 juta warga kota yang akan balik bercuti sempena hari raya nanti. Itu antara perancangan kita bagi mobilisasi kelangsungan aktiviti Bersih 2.0 ini. Kita tidak mahu ia mati pada 9 Julai.

Ramai yang beranggapan tuntutan Bersih 2.0 ini hanya untuk kepentingan politik. Bagaimana Pemuda PAS hendak menangkis dakwaan ini?

Ini bukan politik. Kami kira tuntutan Bersih 2.0 ini bukan hanya melibatkan golongan pembangkang. Sebagaimana yang kita lihat pada Debat 'Apa Selepas 9 Julai?' baru-baru ini, Timbalan Menteri  Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah  turut menyokong tuntutan Bersih 2.0. Dalam  ceramah-ceramah kita yang menyentuh mengenai Bersih 2.0 ini, kita sanggup kalah seribu tahun lagi selagi sistem pilihan raya kita tidak adil. 

Selepas Debat 'Apa Selepas 9 Julai?', tidak nampak ada banyak diskusi dianjur tentang Bersih seperti forum dan seminar. Kenapa kesuraman ini berlaku?

Di peringkat Dewan Pemuda PAS Pusat, melalui jabatan pilihan raya, kita telah mengumpul data-data dan bukti pertindihan seorang pengundi yang boleh mengundi dua kawasan parlimen. Ia melibatkan perkara-perkara teknikal. Sebab itu saya tidak mahu menguarkannya dahulu. Baru-baru ini sewaktu kami membuat laporan polis mengenai perkara ini, kita cuma mendedahkan empat dan lima nama sahaja. Kami dapati kad pengenalan lama dia betul tapi my kad dia empat angka terakhir diubah. Sebagai contoh dalam kad pengenalan asal namanya Mohd tapi dalam mykad diubah kepada  Muhd. Yang perempuan pula contohnya ejaan Binti ditukar kepada Bt. Jadi dia boleh mengundi di lokasi yang berbeza. 

Bagaimana ini boleh terjadi? Sedangkan pengerusi SPR mengatakan data ini sudah dibersihkan...

Insya-Allah perkara ini kami akan dedahkan secara besar-besaran. Di Selangor, kami dapat dedahkan hampir 17,000 pengundi yang bertindan yang dapat mengundi di kawasan parlimen yang berbeza dalam satu-satu pilihan raya. Jabatan Pilihan  Raya di setiap PAS negeri juga tengah mengumpulkan bukti. Pada  4 Ogos nanti bertempat di Hotel De Palma, Ampang, kita akan mengadakan forum bagi menjawab semula jawapan diberikan SPR dalam Debat 'Apa Selepas 9 Julai?' baru- baru ini. Kita akan menjawab semula segala jawapan yang diberikan SPR berdasarkan buku yang diedarkan badan tersebut. Kita juga akan menjawab segala persoalan kenapa relevan lapan tuntutan tersebut.
-detikdaily-

Pengusiran peguam cetus minat kes Scorpene di Perancis

Keputusan kerajaan mengusir peguam Perancis, William Bourdon bulan lepas terbukti satu kesilapan kerana ia sebaliknya telah mencetuskan minat yang lebih besar di kalangan orang awam Perancis terhadap kes pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia.

NONEBercakap kepada pemberita di Petaling Jaya hari ini, pengarah NGO hak asasi manusia - Suaram - Cynthia Gabriel (kiri) berkata, pengusiran tersebut mendapat liputan meluas media Perancis ekoran reputasi cemerlang Bourdon sebagai peguam hak asasi manusia.

"Apabila beliau turun dari kapal terbang ... di Paris selepas dihantar pulang, dia dinanti oleh ramai petugas media.

"Orang Perancis tidak tahu yang beliau mengendalikan (kes ini) di Malaysia, dan ia membangkitkan minat yang besar di kalangan orang ramai," katanya.

Menurutnya, Bourdon "terkenal" kerana antara lainnya, mewakili pihak yang membuat tuntutan terhadap pemerintahan diktator Pinochet dan kes-kes pembunuhan beramai-ramai Rwanda dan pengusirannya telah memburukkan prestasi Malaysia.

Ia juga menimbulkan 'kemarahan" di kalangan rakyat Malaysia yang kemudiannya bermurah hati untuk menyumbang kepada tabung guaman Suaram berhubung kes pembelian kapal selam dari syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, yang sedang didengar di mahkamah Perancis.

NONEHasilnya, Suaram memperolehi kira-kira RM250,000 di tiga acara mengumpul dana tersebut bulan lalu - jauh melepasi sasaran 'sederhana' RM100,000 sebagai dana permulaan.

Bagaimanapun, jumlah tersebut hanya mencukupi untuk membiayai peringkat awal pendengaran kes itu.

Beliau berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan sambutan terhadap jualan tiket, sumbangan, derma dan janji-janji untuk membuat sumbangan.

"Malah, ketika kita bercakap ini pun, sumbangan diterima (tetapi) peguam kami memaklumkan bahawa kos terjemahan sahaja ialah €20,000 manakala kos memfailkan kes belum ditentukan lagi," katanya.

-malaysiakini-