"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Abby Abadi dibawa santuni gelandangan (Gambar)

Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR: Di kesempatan mengimarahkan bulan Ramadan Abby Abadi bersama Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah berkesempatan menyantuni golongan gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur, pada 4 Ogos lalu.

Perasaan hiba turut dikongsi oleh Abby Abadi apabila bertemu dengan golongan kurang bernasib baik dan tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.
Walaupun berjalan hampir lima kilometer melibatkan laluan Dataran Merdeka – Menara Maybank – Kompleks Wilayah – Kompleks Pertama dan berakhir di pasar Chowkit, semua peserta program termasuklah Abby Abadi begitu bersahaja seolah-olah keinsafan dari aktiviti menyantuni gelandangan kota ini memberi semangat yang luar biasa.

Dalam menyantuni golongan gelandangan sambil mengagihkan makanan, rombongan SMM Wilayah sempat berinteraksi dengan sepasang suami isteri yang terpaksa tidur di kaki lima bersama anaknya yang berusia lima tahun.
Menurut SMM Wilayah, pasangan tersebut datang dari negeri pantai timur dan tidak mempunyai pilihan untuk menginap di tempat lebih selesa apabila dihalau keluar oleh tuan rumah kerana kesempitan hidup.

Mereka turut mendapatkan butiran pasangan terbabit untuk diserahkan kepada badan kebajikan agar nasib pasangan tersebut lebih terbela.

Bagi anak muda seperti SMM Wilayah, walaupun aktiviti hanya berlangsung antara lima hingga enam jam namun ianya cukup menginsafkan. 

Pakar bedah rakam pesakit bogel

LOS ANGELES: Seorang pakar pembedahan plastik didakwa di mahkamah kerana secara rahsia merakamkan aksi pesakitnya dalam keadaan bogel.

Dikenali sebagai pakar bedah ramai selebriti Hollywood, Lance Everett Wyatt bertugas di Institut Sherman Oaks, Los Angeles.

Tindakan Wyatt terbongkar selepas seorang pesakitnya menemui kamera tersembunyi merakam aksinya yang ketika itu berbogel. Mangsa membawa kamera itu kepada polis dan ia disiasat selama setahun sebelum Wyatt didakwa di mahkamah. Pendakwa menuntut Wyatt dipenjara antara dua tahun hingga seumur hidup.

Bagaimanapun, ketika rakaman berkenaan ditayangkan, Wyatt dilihat tidak menyentuh tubuh pesakitnya secara tidak wajar. 
-TS-

Staf dakwa nampak hantu dalam pesawat AirAsia

MULLER ASEN dan FIRDAUS HASSAN
CHONG kini masih dirawat di Hospital Miri.
MIRI: Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.

Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.

"Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.

"Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam.

Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.

Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ.