"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Slogan 1Malaysia didakwa punca Pusat takut sambut hari Malaysia

Muhammad Arif Ismail
SHAH ALAM, 17 Sept : Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Dr. Jeffry Kitingan mempersoalkan tindakan Kerajaan Pusat kerana tidak mahu menyambut hari Malaysia yang diadakan pada 16 September setiap tahun.

Tindakan itu menggambarkan kerajaan pusat yang diketuai Umno sengaja tidak melakukan sambutan ini kerana mahu menjaga kepentingannya dalam slogan 1 Malaysia.

Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) terlalu bersungguh mewar-warkan slogan ini, tetapi pada masa yang sama mengabaikan tarikah penubuhan sebuah negara bangsa, Malaysia.

Walaubagaimana pun, Sambutan itu semalam telah diadakan buat pertama sekali di negeri selangor sejak negeri ini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Ianya diadakan di Bangunan Jubli Perak, disini dihadiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad, Speaker negeri Selangor, Teng Chang Kim dan Pemimpin Masyarakat Sarawak, Baru Bian.

Menurut beliau, hari Malaysia yang ke 46 ini menunjukkan kepada rakyat bahawa Pakatan memang menghormati hari Malaysia sebagai satu tarikah yang sangat penting dalam sejarah tanah air.

"Ini sekaligus dapat memperbetulkan fakta dalam sejarah yang selama ini diabaikan oleh BN kerana mereka mahu menjaga kepentingan di kedua-dua buah negeri ini, Sabah dan Sarawak," jelas beliau dalam ucapan.

Oleh sebab itu, menurut beliau, tarikah ini perlu dihormati dan diraikan kerana Malaysia yang ditubuhkan pada 16 september 1963 menjadi kenyataan dengan pengabungan Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Namun pada ketika itu, sebuah negara bangsa Malaysia tidak lagi wujud dalam peta dunia, yang hanya wujud ialah Malaya.

Tegas beliau, BN perlu sedar, tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak akan wujud serta kedua-dua negeri ini bukan masuk tetapi menyertai Malaya dan Singapura untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia.

"Sebaliknya, sejak 46 tahu lalu, Kerajaan pusat seolah-olah tidak mengambil perduli dengan tarikh ini dengan tidak melakukan sebarang sambutan serta menjadikan seolah-olah sambutan dan pembentukan kedua-dua negeri ini tidak wujud," katanya.

Tiada ulasan: