"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKR Desak SPRM Siasat Kontrak Bas Rosmah / UBN Najib Altantuya

Parti Keadilan Rakyat mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan pemberian kontrak mewah Kementerian Kewangan kepada Wanita No.1 Negara, Rosmah Mansor.

Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali berkata SPRM seharusnya menjalankan siasatan segera berhubung pendedahan muka hadapan Suara Keadilan.

“Sekarang ini ada tuduhan yang jelas keluar dalam surat khabar jadi kami mendesak SPRM mengambil tindakan segera untuk menyiasat.

“Sekarang kita hendak tengok sama ada SPRM akan buat siasatan. SPRM buat siasatan terhadap parti dan pemimpin pembangkang, kadang-kadang hanya berdasarkan apa yang keluar dalam blog, surat layang dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi TV Antara.

Beliau turut membidas tindakan SPRM yang akan menyiasat sebarang dakwaan terhadap Pakatan Rakyat walaupun ianya hanya melalui surat layang.

Suara Keadilan hari ini mendedahkan mengenai pemberian kontrak berkenaan dalam artikelnya bertajuk ‘Bekal 400 bas untuk PLKN, RM240 juta untuk kroni Rosmah’.

Rencana berkenaan mendedahkan kroni Rosmah akan menerima kontrak membekal 400 unit bas yang diimport dari China untuk Program Khidmat Negara. Harga sebuah bas dianggarkan RM600,000 - hampir dua kali ganda berbanding harga asal.

Menurut artikel berkenaan Kementerian Kewangan mengarahkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau GLC untuk menyediakan dana pembelian bas tersebut. Pembelian bas berkenaan akan dibiayai oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB).

Menurutnya kerajaan akan membuka tender rasmi kontrak itu pada hujung tahun ini untuk menggambarkan urus niaga berkenaan dijalankan secara telus sedangkan segala keputusan mengenai kontrak berkenaan telah dibuat.
-tvantara.com-

Tiada ulasan: