"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bagan Pinang: Harapan menang pada undi POS / UBN Najib Altantuya

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 14 Sept: Sekali lagi PAS meletakakan keyakinan tidak mustahil mampu merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang jika menguasai sejumlah besar undi POS.

Ironinya, jika diukur dengan melihat kepada keputusan sewaktu Pilihanraya Umum PRU Mac 2008, tanpa undi pos, PAS di DUN itu hanya tewas sebanyak lima ratus undi.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata walaupun Umno BN boleh menggunakan kelebihan undi pos yang dikuasai mereka. namun yakin satu perubahan paradigma pada anggota tentera sedang berlaku.

Anggota tentera sekarang katanya sudah berani menyatakan pendirian mereka dalam isu politik, berbeza dengan anggota tentera dahulu yang hanya menurut telunjuk Barisan Nasional.

"Bagi PAS, peluang untuk kita menang bukan sesuatu yang mustahil. Walaupun Umno ada ruang untuk manipulasi undi pos semaksimum mungkin untuk mencapai kemenangan, tapi saya percaya tentera sekarang berbeza dengan tentera dahulu.Tentera sekarang sudah berani buat pilihan." katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut berkata, PAS masih boleh menarik sokongan pelbagai kaum di kawasan tersebut memandangkan Barisan Nasional ketika ini sedang mengalami pergolakan dalaman termasuk isu perkelahian dalam parti komponannya, MIC.

Mahfuz berkata, kenyataan terbuka Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu bahawa orang India sudah muak dengan BN membuktikan BN sudah ditolak oleh parti komponannya sendiri.

Sabtu lalu, Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, bukan menyampah dengan beliau.

Bekas Menteri Kerja Raya itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.

"Ini satu signal yang menunjukkan berlakunya pergolakan dalam BN apabila MIC sendiri tolak campur tangan Perdana Menerti dalam pemilihan mereka," ujarnya.

Ditanya berkenaan calon PAS yang akan dipilih, beliau berkata PAS belum ada keputusan muktamad sebaliknya pihaknya akan turun sendiri ke kawasan tersebut bagai membuat tinjauan berhubung penerimaan rakyat terhadap individu yang dicadangkan.

PAS Negeri Sembilan telah menyerahkan tiga nama calon yang terdiri daripada anak tempatan.

"PAS harus lihat secara menyeluruh bagaimana penerimaan rakyat terhadap nama yang kita cadangkan."Katanya.

Suruhanjaya Pilihanraya Raya Malaysia (SPR) menetapkan Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan pada 11 Oktober ini manakala penamaan calon ditetapkan pada 3 Oktober.

DUN Bagan Pinang mempunyai 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos,

8,577 atau 62.77 peratus pengundi di Dun berkenaan terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham Azman Mohd Nor yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.

Tiada ulasan: