"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Beranikah Hisammuddin lawan Najib?

Angkasanuri
Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamudin Tun Hussein berkata, satu kertas siasatan telah dibuka untuk mendakwa bekas pegawai khas Dato Seri Najib, Datuk Nasir Safar di mahkamah di bawah Akta Hasutan.

Bagi saya pengumuman Hishamudin adalah cakap politik. Sama macam dakwaan Hishamudin pada Naib Presiden Keadilan Azmin Ali bila Azmin kata beliau ada bukti orang Umno terlibat bakar gereja.

Walaupun Nasir telah letak jawatan sebagai pegawai khas Najib, beliau tetap orang kepercayaan Najib. Cuma dalam konteks kenyataan Nasir yang terlampau itu, Najib terpaksa meminta Nasir letak jawatan.

Kalau tidak slogan juara rakyat dan 1Malaysia akan jadi lawak jenaka. Tetapi orang tua-tua ada berkata sebab pulut santan binasa sebab mulut Umno bakal tumbang dalam pilihanraya. Kenyataan Nasir keluar dalam tajuk utama akhbar Cina dan Tamil.

Walaupun saya tak faham makna tapi mudah diteka apa beritanya. I Malaysia orang cina dan India dah baca tembelang Umno menipu mereka.

Berbalik pada tajuk beranikah Hishamudin untuk heret Nasir di bawah Akta Hasutan? Nasir telah jadi orang kepercayaan Najib kira-kira 30 tahun. Mendakwa Nasir bererti memalukan Najib kerana Nasir merupakan penasihat beliau sekian lama.

Bermakna mendakwa Nasir seperti melawan dan memalukan Najib. Persoalannya adakah Hishamudin akan bertindak atau sekadar cakap politik atau gimik murahan.

Apa yang pasti orang Cina dan India tidak pernah lupa tindakan Hishamudin menghunus keris dalam Persidangan Pemuda Umno. Mungkin Hishamudin je yang terlupa.

Tiada ulasan: