"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes liwat II: PKR adakan penerangan harian setiap malam

Adip Zalkapli

PETALING JAYA, Feb 3 — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan penerangan harian setiap malam berhubung perjalanan perbicaraan kes liwat kedua penasihat mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula petang ini.

Perbicaraan bermula hari ini dengan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendedahkan bekas majikannya itu menggunakan perkataan-perkataan lucah sebelum meliwatnya.

Kes bermula walaupun tarikh belum ditetapkan untuk mendengar permohonan semakan semula Anwar berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu.

Sesi penerangan kepada penyokongnya akan diadakan di ibu pejabat PKR di sini.

Peguam-peguam Anwar dan pemimpin kanan PKR merupakan antara mereka yang akan memberi penerangan.

Program ini yang dianjurkan oleh sekretariat penerangan parti, dipengerusikan oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Amirudin Shari.

“Kami hendak membuktikan kepada publik bahawa menggerakkan kumpulan penyokong di kawasan mahkamah hanya sebahagian usaha kami.

“Jadi kami akan adakan penerangan malam untuk penyokong kami memperoleh maklumat tepat mengenai kes ini,” kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin yang merupakan penceramah pertama sesi penerangan ini.

Sekretariat juga akan mencetak ribuan laporan perubatan yang mendakwa Saiful tidak pernah diliwat, untuk diedarkan kepada orang ramai.

“Melihat pada laporan media hari ini, adalah jelas hasrat mereka ialah mahu merosakkan imej Datuk Seri Anwar,” kata beliau yang juga seorang peguam.

Shamsul juga mendakwa keterangan Saiful di mahkamah hari ini menunjukkan bekas pembantu peribadi Anwar itu tidak jujur dalam responsnya.

“Saiful dikatakan ada menemui (Datuk Seri) Najib (Razak) untuk membincangkan soal biasiswa tetapi hari ini dia mengakui bahawa dia telah tercicir daripada meneruskan pengajian,” kata beliau merujuk kepada kenyataan Najib pada 2008 bahawa beliau menemui Saiful untuk membincangkan mengenai permohonan biasiswa.

Saiful mengejutkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan mendakwa Anwar menggunakan perkataan tidak senonoh apabila bertanya sama ada boleh mengadakan hubungan seks denganya.

Saiful, saksi pertama perbicaraan yang bermula hari ini memberitahu, dia buat kali pertama menemui Anwar di sebuah kondominium di Damansara Heights pada 2008, penasihat PKR bertanya “Can I **** you today?”.

Terdahulu, bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata dia meninggalkan jawatan itu kerana “tidak dapat bertahan” kerana digunakan dalam aktiviti seks luar tabii.

Saiful yang kelihatan tenang memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebab sebenar dia berhenti sebagai pembantu peribadi Anwar adalah kerana “tidak dapat bertahan dengan perbuatan sebagaimana disebutkan dalam pertuduhan”.

Kata Saiful, gaji rasmi yang diterimanya adalah sebanyak RM1,000 tetapi elaun tidak rasmi untuk lawatan ke luar negara ialah HK$10,000 (RM3,930).

Tugas Saiful sebagai pembantu peribadi kepada Anwar termasuklah mengaturkan pertemuan sulit ketua pembangkang itu dan mengendalikan telefonnya.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: