Menurutnya, penembaknya mungkin berdiri atau separa berdiri di belakang kereta, mengakibatkan peluru menembusi cermin belakang dan tempat sandar kepala kerusi pemandu.
Shaari berkata, cermin belakang tidak retak ekoran kelajuan peluru yang menghasilkan satu lubang.
Katanya, belaiu telah menguji cermin tersebut dan bahagian belakang untuk mencari serbuk peledak tetapi menemuinya.
Menurut Shaari lagi, ia menunjukkan ia ditembak dari jarak lebih daripada tiga meter.
Saksi ke-24 itu yang dipanggil oleh pihak pendakwa berkata, satu perkara yang pasti ialah tembakan tersebut dilepas dari arah belakang kereta Proton Iswara, bukan dari arah depan atau kiri atau kanan kereta.
Semalam, Shaari memberitahu mahkamah yang beliau menemui 32 lubang peluru pada kereta tersebut.
Menjawab soalan DPP Dusuki, Shaari berkata sekurang-kurangnya 24 tembakan mengenai kereta Proton Iswara tersebut.
Menurut Shaari lagi, beliau tidak dapat menyatakannya dengan pasti, tetapi jumlahnya mungkin lebih daripada itu.
Shaari menunjukkan kepada mereka 32 lubang peluru pada kereta tersebut.
Beliau juga menggunakan batang kuning khas untuk menunjukkan perjalanan peluru - yang mengenai cermin belakang dan menembusi tempat letak kepala kerusi pemandu kereta - yang membunuh pelajar berusia 15 tahun itu.
Peluru dari submesingan Heckler dan Koch HK MP 5 mengenai bahagian belakang kereta, kedua-dua tayar belakang dan menembusi bonet belakang.
Dua lubang juga dikesan pada ekzos dan dua lagi pada tangki minyak.
Mahkamah selepas ini akan meneruskan keterangan Saari.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan