"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

100,000 Rakyat Selangor Akan Hantar Memorandum Kepada YDPA

KLANG, 13 NOV: Bagi menyokong 20 meter padu air percuma dan menjamin hak rakyat mendapat air pada harga berpatutan satu memorandum yang ditandatangani rakyat Selangor akan dihantar kepada Yang Dipertuan Agong 5 Disember ini.

100,000 rakyat disasarkan dalam majlis penyerahan memorandum ini yang berarak bermula dari Masjid Negara Kuala Lumpur hingga ke Istana Negara.

Menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berkata sasaran kerajaan negeri adalah seramai sekurang-kurangnya 100,000 keluarga akan bersama menghantar memorandum tersebut.

Beliau berkata demikian dalam majlis Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat di Dewan Serbaguna, Pejabat Tanah, Klang.

Kerajaan negeri memerlukan sokongan dan komitmen dari ahli-ahli majlis, ketua kampung, ahli-ahli surau dan masjid bagi menjayakan dan mencapai sasaran yang diletakkan.

Borang tersebut boleh didapati di pejabat DUN, majlis daerah ataupun dimuat turun di laman web www.AirUntukRakyat.net.

Siri jelajah kempen kembalikan hak air kepada rakyat akan dimulakan pada 20 November ini di DUN Ijok dan diikuti DUN-DUN yang lain.

Dengan sokongan rakyat yang mencukupi, kerajaan selangor akan mampu mendapat balik kawalan syarikat-syarikat air demi rakyat, menekankan integriti dan ketelusan, dan memastikan akses air yang mencukupi dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan rakyat.
-tvsnews-

Tiada ulasan: