"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis jangan jadi barua umno - DS Nizar



DS Nizar sedang menyampaikan pesanan dan penerangan tentang isu rakyat.
Antara pegawai polis yang cuba menghalang siri penerangan DS Nizar sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang. Kebanyakan yang hadir mengganggap mereka berpangkat Lance Koperal masih tidak tahu peraturan Premis sendiri.
Seorang lelaki muda yang disyaki anggota polis mencabut wayar corong untuk menghalang ucapan DS Nizar daripada didengari penduduk.
DS Nizar kesal pihak polis yang cuba memprovokasi siri penerangan beliau pada malam kelmarin. DS Nizar menjelaskan beliau Ahli Parlimen Bukit Gantang berhak untuk menyapaikan pesanan dan pandangan untuk rakyat kawasan yang beliau wakili.

"Polis jangan jadi barua UMNO," minta DS Nizar. Dalam pada itu Nizar berasa hairan kenapa Kelab Malam, Karoake dibenar beroperasi sehingga larut malam. Malah terdapat yang beroperasi sehingga tiga pagi, pihak polis tidak mengambil tindakan.

Rata-rata penduduk Taman Yayasan yang hadir ceramah berasa kesal, gangguan polis dalam ceramah anjuran Pas Bukit Gantang yang aman itu.

Nizar yang ditemui selepas program menjelaskan hak kita untuk mengadakan sebarang aktiviti di premis sendiri. "Polis patut membantu mencegah jenayah, bukannya mengganggu program penerangan untuk rakyat," kata Nizar lagi. "Membazir tenaga," tambah Nizar.

Tiada ulasan: