"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ayuh kita halang Najib ‘bailout’ Syabas

KUALA LUMPUR, 13 NOV: Kerajaan Selangor akan mengadakan himpunan protes mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 5 Disember ini berhubung kemungkinan usaha kerajaan pusat mahu menyelamatkkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dengan menyediakan “bailout”.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) memaklumkan The Malaysian Insider malam tadi bahawa tindakan itu sebahagian daripada usaha kerajaan negeri mengenakan tekanan ke atas pentadbiran Najib agar tidak meneruskan langkah “bailout” industri air negeri tersebut.

Menurut pemimpin-pemimpin itu, perhimpunan dan ceramah di seluruh Selangor sudah dirancang untuk menggerakkan sokongan ke atas protes yang akan diadakan di pekarangan Istana Negara di sini awal bulan depan.

“Kami merancang untuk menghimpunkan 100,000 orang pada 5 Disember bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu air. Tempatnya Istana Negara pukul 12 tengah hari.

“Butiran memorandum belum diputuskan tetapi intipatinya ialah mendesak agar hak air diberikan (dikembalikan) kepada rakyat, antipenswastaan.

“Kami mahu syarikat-syarikat berkaitan dengan air disepadukan dengan negeri,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (gambar).
Setiausaha Publisiti DAP ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa kerajaan negeri membuat perancangan untuk mengadakan 60 majlis bermula minggu ini sehingga 5 Disember.

“Kami sudah memulakan kempen untuk mewujudkan kesedaran berhubung isu ini, menyediakan sekitar 60 ceramah di seluruh negeri sepanjang tiga hingga empat minggu akan datang.

“Ceramah-ceramah yang akan diadakan merangkumi kumpulan-kumpulan fokus khas, pertubuhan-pertubuhan madani dan juga kumpulan-kumpulan gereja,” kata beliau lagi.

Sebelum ini, beberapa sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa pemegang bon air melibatkan Selangor akan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya campur tangan dalam usaha melindungi agar bon-bon yang terbabit terus berhadapan tindakan penurunan gred.

Pemegang-pemegang bon utama terbabit termasuklah CIMB Principal Asset Management, Hong Leong Investment Bank dan GreatEastern Life — yang dikatakan telah merangka surat bersama untuk dikemukakan kepada Najib meminta kerajaan pusat agar menyelamatkan Syabas dengan pinjaman RM1 bilion.

Pua berkata, langkah penyelamat RM1 bilion akan memberi gambaran tidak baik terhadap pentadbiran Najib.

“Kita mesti lebih berdaya saing, telus. Apa yang berlaku sekarang bertentangan dengan konsep di mana era kerajaan tahu segala-galanya, sudah berakhir......

Tiada ulasan: