"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat II: Keputusan hari ini penentu kes liwat II

azlan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membicarakan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat keputusan hari ini sama ada membenarkan dua permohonan daripada pihak pendakwaan.

Permohonan itu bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan juga bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya.

Permohonan bagi memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA dikatakan sesuatu yang 'bukan lazim' dan belum pernah dilakukan dalam sejarah Malaysia, negara-negara Komanwel dan juga dunia, kata peguambela utama, Karpal Singh 

Jika mahkamah yang mempunyai pilihan sama ada membenarkan kedua-dua permohonan itu atau membenarkan satu daripadanya, ini pasti satu tamparan kepada Anwar. Manakala jika mahkamah menolak kedua-duanya pula, kes pendakwaan akan terjejas teruk.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden telah berhujah bahawa sampel DNA Anwar adalah penting dan relevan bagi menentukan sama ada ia sepadan dengan DNA yang diambil dari sperma yang dijumpai di dubur pengadu kes berkenaan,Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Tidak pernah ada permohonan seumpama ini sebelum ini tetapi tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan... atau tidak Seksyen 165, Akta Keterangan tidak mempunyai makna. Kita mempunyai bukti tetapi atas sebab teknikal ia tidak dapat diterima (oleh hakim),” hujahnya minggu lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah memutuskan bahawa sampel DNA dari tiga barangan - sehelai tuala, botol air minuman dan berus gigi - tidak boleh diterima kerana ia diperolehi dengan cara yang tidak sah.

Selepas keputusan hari ini, hakim Zabidin dijangka menetapkan tarikh baru bagi kedua-dua pihak - pendakwaan dan pembelaaan - mengemukakan hujah masing-masing sebelum memutuskan untuk menolak kes tersebut ataupun meneruskan perbicaraan dengan mengarahkan pihak pembelaan memanggil saksi mereka pula.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: