"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Baja satukan 'Datuk T', kata pengawal peribadi

Seorang bekas pengawal peribadi kepada allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendakwa 'baja' menyatukan ketiga-tiga individu yang menamakan kumpulan mereka 'Datuk T'. Kumpulan itu juga mengaku bertanggung jawab di sebalik tayangan video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.
NONEMohamad Mahti Abdul Rahim (kanan), 53, dalam penjelasannya berkata ahli perniagaan Datuk Shazryl EskayAbdullah memiliki kilang baja, Aman Agroprenuers Sdn Bhd, di Naka, Kedah dan cuba mendapatkan tender bagi membekalkan baja kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Mahti yang kini seorang penternak kambing berkata Eskay cuba mendapatkan bantuan daripada pengerusi Risda yang kebetulan adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bagi mendapatkan tender membekalkan baja.

Menurut sekeping kad perniagaan Aman Agroprenuers yang ditunjukkan oleh Mahti, Datuk Shuib Lazim, seorang bekas senator, adalah penasihat syarikat itu. Semakan di laman sesawang syarikat itu pula menyenaraikan nombor telefon dan maklumat mengenai Eskay.
NONEWalaupun Mahthi membenarkanMalaysiakini melihat kedua-dua belah kad perniagaan itu, beliau tidak membenarkan kami merakamkan gambar pada sebelah satu lagi bagi melindungi identiti beberapa individu.

Menurut Mahti beliau mengetahu perhubungan Eskay dengan Risda apabila pada Januari diminta melobi kepada pegawai atasan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).

Dakwanya lagi, Eskay cuba mendapatkan kontrak bagi membekalkan bajanya kepada Felcra tetapi beliau kurang senang dan menarik diri.

"Dia beri saya RM500 untuk perbelanjaan saya. Pengurus dia ada berjumpa tentang baja ini.
NONE"Dia kata jika dapat jual ini bahagian-bahagian yang akan dia bagi pada pegawai Felcra... Bila saya kaji semula ini satu rasuah jadi saya tak setuju dengan apa yang dikemukakan. Saya sms katakan lupakan saja," kata Mahti.

Bekas anggota polis yang kemudiannya menjadi pengawal peribadi itu juga mendakwa beliau memperkenalkan Eskay, yang ketika itu seorang ahli pysioterapi kepada adik-beradik Sidek dalam pasukan badminton negara kepada bossnya ketika itu, Megat Junid pada 1996 apabila beliau memerlukan rawatan terapi.

Berikutan itu, Megat Junid memperkenalkan Eskay kepada perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Datuk Seri 
Anwar Ibrahim yang memerlukan rawatan terapi setelah mengalami kecederaan akibat jatuh dari kuda.
anwar ibrahim and mahathir and the half scenic crooked bridge"Masa itu lah dia kenal dengan (mereka semua). Dia selalu kataMahathir anggap dia sebagai anak dan Anwar tu abang dia.

"Memang betul yang dia selalu datang ke rumah Megat Junid. Dia kata Megat Junid pun macam ayah dia. Tapi (apabila) Megat Junid sakit selama setahun dia tak datang jenguk sekali pun.

“Ini amat menyedihkan saya," kata Mahti yang berkhidmat kepada timbalan menteri dalam negeri itu selama 16 tahun.

“Sama ada video itu tulen atau tidak, saya tak tahu. Tetapi apa yang berlaku adalah blackmail.”
azlanMahti juga ada memberi keterangan bagi Eskay dalam saman ahli perniagaan itu ke atas Merong Mahawangsa Sdn Bhd yang didakwa melanggar perjanjian kontrak.

Eskay sedang menyaman Merong Mahawangsa untuk RM20 juta yang didakwa hutang syarikat itu kepadanya kerana bantuan melobi pegawi kerajaan bagi mendapatkan projek 'jambatan bengkok'.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: