"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fitnah II: Peguam Anwar panggil Najib, Rosmah ke mahkamah

KUALA LUMPUR: Peguam Anwar, Karpal Singh dan Sankara Nair mengesahkan kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor akan dipanggil memberi keterangan sebaik sahaja perbicaraan Fitnah II bersambung semula 18 April nanti.
“Kita perlu memaklumkan kepada hakim siapa yang kita mahu panggil sebagai saksi sekiranya Anwar diperintah membela diri. Ini untuk membolehkan kita menemuramah saksi-saksi sebelum mereka muncul di mahkamah,” kata Karpal.
Karpal membuat kenyataan tersebut susulan pendakwa hari ini menyerahkan senarai 71 saksi yang akan dipanggil sekiranya Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah meminta Anwar membela diri.
Najib dan Rosmah turut tersenarai di antara 71 saksi pendakwa. Mereka yang lain adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee, peguam Muhammad Shafee Abdullah, dan bekas pegawai khas Najib, Khairil Annas Jusoh.
Mereka yang lain termasuklah bekas Setiausaha Politik Najib, Shahlan Ismail; bekas atlit negara dan sahabat karib Rosmah, Mumtaz Begum Abdul Jaafar; bekas Ketua Polis Melaka, Mohd Rodwan Mohd Yusof; bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Ezam Mohd Noor; bekas doktor Pusrawi, Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dan tunang Saiful Bukhari Azlan, Nurjannatul Syariza Mohd Zaki.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah meliwat bekas sukarelawan di pejabatnya, Saiful Bukhari Azlan sebaik sahaja beliau berjaya memimpin Pakatan Rakyat memenangi lima buah negeri pada pilihan raya umum 2008.

Tiada ulasan: