"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rahim Tamby Chik, Eskay ditangkap polis


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menangkap dua orang lelaki berkaitan tayangan video seks fitnah palsu yang cuba mengaitkan pemimpin utama Pakatan Rakyat.
Dua lelaki itu dipercayai merupakan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Shazryl, lapor The Star Online.
Namun, kedua-duanya dipercayai sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
Mengiut portal berita itu, Setiausaha polis Bukit Aman, Ghazali Md Amin mengesahkan beberapa barangan turut dirampas polis sebagai bukti.
“Salah seorang daripada mereka memberitahu kami tempat video itu difilemkan dan kita sudah menghantar pasukan forensik bersama dengan penyiasat ke tempat kejadian,” kata Ghazali.
Namun, Ghazali tidak pula mendedahkan identiti kedua-dua lelaki yang ditangkap itu.
“Kedua-duanya sudah dibebaskan sementara menunggu siasatan,” kata Ghazali.
Semalam Rahim Thamby Chik disoal siasat secara berasingan dengan Eskay Shazryl di Bukit Aman.
Pada Selasa pula, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan meminta polis menyiasat tayangan video itu.
Polis mengklasifikasi siasatan mereka mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan Jenayah.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan: