"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suruhanjaya Diraja persoal SPRM kerana ambil masa dua jam untuk semak dokumen

NONESuruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock mempersoalkan mengapa siasatan Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) mengambil masa “hampir dua jam” untuk memeriksa dokumen yang dirampas daripada pembantu politik itu.

Teoh, yang disiasat berhubung dakwaan salah guna dana oleh majikannya, ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah pada 2009, disiasat oleh penolong penguasa SPRM Arman Alies dan rakannya, Mohd Ashraf Mohd Yunus.

Pengerusi panel sisatan, Hakim, Tan Sri James Foong menyoal Arman (kiri) jika beliau “bertindak melampaui batasan kuasa” semasa menyoal setiausaha politik itu sebegitu lama, hanya berdasarkan dokumen tersebut.

Teoh, disiasat semalaman dari 15 Julai, 2009 di tingkat 14, pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam tetapi dijumpai mati di korodor tingkat lima bangunan yang sama pada keesokan harinya.

“Arahan awak adalah hanya untuk menyoal Teoh Beng Hock mengenai empat dokumen sahaja, mengapa awak ambil masa begitu lama?” soal Foong.

Arman mendakwa beliau terpaksa menyemak setiap dokumen yang disusun dalam empat fail.
NONE

Katanya, pada 15 Julai 2009, atas arahan ketua unit siasatan SPRM, Hairul Ilham Hamzah, beliau menyiasat Teoh berhubung salah guna dana oleh majikannya.

“Hairul suruh saya dapatkan maklumat berhubung empat invois dan sebutharga bagi bekalan dan pembinaan yang diperolehgi dari komputer riba Teoh.

“Keempat-empat invois itu tidak ditandatangan dan nampak mencurigakan kerana ia tidak sepatutnya disimpan oleh Teoh kerana ia daripada syarikat berkenaan. (Dokumen lain pula mencurigakan kerana) seolah-olah tandatangannya tidak selaras dengan nama-nama, seperti dibuat-buat.
NONE
“Bila ditanya, Teoh berkata beliau memperolehi invois berkenaan daripada email dan menympannya di komputernya,” kata Aeman.

Hakim Foong kemudian mencelah dan berkata, “Jika arahan kepada awak adalah hanya untuk menyemak, mengapa awak ambil masa begitu lama? Apa yang susah sangat?”

Arman: Untuk makluman, Yang Arif, invois berkenaan adalah hanya sebahagian daripada empat fail yang mengandungi dokumen lain.

Foong: Justeru, adakah soalan yang ditujukan kepada Teoh membabitkan di luar perimeter empat invois itu?

Arman: Ada, terdapat 9soalan) lain, bukan sahaja mengenai empat invois itu.

Foong: Hairul suruh awak siasat empat invois, jadi kenapa awak siasat di luar batasan kuasa awak?

Arman: Saya tidak faham.

Foong: Adakah awak tanya Teoh mengenai syarikat lain (selain invois itu)?

Arman: Ada, saya ada bertanyakan kepada Teoh mengenai syarikat lain.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: