"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat II: Pendakwaraya Tidak Kemuka Rayuan


KUALA LUMPUR, 8 MAC: Pejabat Peguam Negara tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak tiga barangan yang dirampas oleh polis untuk mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan fitnah liwat.

Ketua Pendakwaraya Yusof Zainal Abiden mengesahkan keputusan itu berasaskan keputusan Mahkamah Rayuan dan Persekutuan sebelum ini yang menyifatkan keputusan itu tidak boleh dirayu kerana ia masih merupakan sebahagian daripada perbicaraan yang belum muktamad.

Pagi tadi, mahkamah mengisthiarkan sehelai tuala, berus gigi dan botol air mineral yang dirampas dari lokap Ibupejabat Polis Kuala Lumpur diperolehi secara tidak sah dan justeru itu tidak boleh dikemukakan sebagai bahan bukti.

Barangan itu dirampas oleh polis setelah memaksa Anwar bermalam di lokap berkenaan pada 16 Julai 2008 walaupun beliau tidak diberitahu asas-asas penangkapannya. 

Tuala, berus gigi dan botol air mineral itu diguna oleh polis untuk ujian DNA dengan niat mensabitkan Anwar atas pertuduhan berkenaan.
-tvsnews-

Tiada ulasan: