"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai SPRM 'tiada kuasa' soal Teoh

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) yang menyoal Teoh Beng Hock beberapa jam sebelum pembantu politik itu dijumpai mati, tidak mempunyai kuasa berbuat demikian, Suruhajaya Siasatan diberitahu hari ini.

Peguam yang mewakili Majlis Peguam, Edmund Bon, yang menyoal penolong penguasa SPRM, Mohd Ashraf Mohd Yunus berkata ia berdasarkan inkuiri dalaman suruhanjaya itu yang menjalankan siasatan terhadap kelakuan pegawainya yang terbabit.

Dalam laporannya, jawatankuasa berkenaan menyatakan Mohd Ashraf dan rakannya Arman Alias tidak mempunyai kuasa untuk menyoal-siasat Teoh seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 30(8) Akta SPRM.

Maklumat itu didedahkan ketika Suruhajaya Siasatan memulakan sesi paginya hari ini bagi menilai prosedur soal-siasat yang dijalankan oleh SPRM.

Teoh, pembantu politik DAP kepada ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, disoal semalaman sebagai saksi berhubung salah guna dana oleh majikannya.

Beliau dibawa ke pejabat SPRM Selangor pada 15 Julai 2009 di Plaza Masalam, Shah Alam tetapi dijumpai mati keesokan harinya di koridor tingkat lima, bangunan yang sama.

Sebuah inkues kemudian diadakan tetapi selepas 18 bulan memutuskan 'penghakiman terbuka' dan merintis jalan kepada penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Teoh. Suruhanjaya itu sepatutnya mengemukakan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong pada 25 April.
-malaysiakini-

1 ulasan:

MIJIE'S MOBILE berkata...

satu lagi kes perbicaraan yang menjadi bahan ketawa dunia...