"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRITZER KELUARKAN MINUMAN BERPERISA SEMUT?


Oleh: KREW SABAHKINI.NET
MUNGKINKAH pengeluar air mineral terkenal, SPRITZER mengeluarkan air minuman dan mineral berperisa semut? Jika tidak sudah pastinya berlaku kecuaian dan sabotaj terhadap sebuah syarikat yang mendapat taraf ISO 9001:2000 and HACCP (MS 1480:2007 yang dikeluarkan SIRIM.

Seorang pengguna, Tasya, merasa terkilan kerana hampir terminum air mineral yang mengandungi lebih 100 ekor semut kecil di dalam paket minuman yang dikeluarkan SPRITZER yang dibeli daripada sebuah supermarket.

“Mujur saya tidak terminum air yang dicemari semut, jika tidak entahlah!,” ujar Tasya yang menunjukkan paket minuman SPRITZER, salah satu daripada sekotak minuman tersebut yang dibeli untuk kegunaan tetamu di pejabatnya.

Menurut Tasya, sebelum ini beliau memandang tinggi produk air mineral daripada jenama terkenal ini, bukan kerana harganya agak mahal, tetapi kerana yakin dengan mutunya, namun kini semakin berhati-hati sejak penemuan lebih tiga paket minuman berkenaan yang mengandungi semut kecil.
Sehubungan itu, Tasya menggesa agar SIRIM dan Kementerian Kesihatan melalukan pemantauan segera kilang yang mengeluarkan air mineral berkenaan agar tidak memudaratkan pengguna.

“Saya masih simpan satu paket ini sebagai bukti, yang lainnya telah dibuang,” ujar Tasya lagi yang terpaksa membeli air mineral jenama lain bagi mengelak kejadian serupa berulang.
-sabahkini-

Tiada ulasan: