"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guna taktik 4-4-2 jangan layan yang nak 6-4-0

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Dis: Jurulatih tidak perlu membazirkan masa memotivasikan seorang pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana dia lebih sukakan 6-4-0.


Demikian kiasan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berhubung tribulasi dalam perjuangan Islam bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah ahli.

Katanya, jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi team player dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur, dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player.

Ini, ujarnya terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembus gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0.

“Diharap sedikit kiasan ini dapat membantu jamaah dan ahli-ahli PAS untuk bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang sama,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Tiada ulasan: