"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Cina babi' dan polis yang merompak; tiada lagi yang mengejutkan rakyat yang sudah kecewa dengan BN!

Stan Lee, Malaysia Chronicle
Walaupun Mahkamah tinggi telah memutuskan bahawa Bersih 2.0 adalah perhimpunan yang sah tidak seperti yang diwar-warkan pentadbiran Najib, siasat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia terhadap salah laku polis semasa Bersih 3.0 pula mengejutkan.

Seorang guru pusat tuisyen dari Subang Jaya yang telah mengambil bahagian semasa perhimpunan 28 April itu telah memberitahu suruhanjaya itu bahawa seorang anggota polis mengambil rantai emas beliau dan kemudian memukul beliau.

Polis itu juga mengutarakan kata-kata kesat berbau perkauman kepadanya iaitu “Cina babi” dalam pada itu merompak beliau. Kejadian itu didakwa telah dilakukakan dihadapan Kelab Royal Selangor tidak jauh daripada tempat Bersih 3.0 di Dataran Merdeka.

Polis itu menarik rantai emas saya. Saya cuba melepaskannya semasa rantai itu menghiris tengkuk saya dan akhirnya berjaya. Saya juga cuba meletakkan rantai ke dalam poket tetapi polis itu merampasnya dan memukul saya,” Lapor Malaysian Insider seperti yang diberitahu oleh cikgu Leong Siew Meng kepada panel Suhakam.

Lebih kuat saya melawan, lebih teruk saya dipukul. Polis itu tidak menggari saya. Dia panggil saya sombong dan “Cina babi’ sepanjang jalan ke kelab.

Leong memberitahu bahawa beliau dibawa ke Pusat Latihan Polis Jalan Semarak. Beliau juga memberitahu beliau ada mendengar polis lain menyanyikan “Inilah Barisan Kita”.

Di pusat latihan Semarak, beliau telah diberi makanan dan air dan dibenarkan menghubungi keluarga beliau menerusi telefon mobil. Walaubagaimanapun, semasa dibebaskan tengah malam itu, rantai emas beliau tidak dikembalikan kepada beliau.

Terlalu banyak penipuan dan kekecewaan
Sungguhpun kenyataan yang diberikan Leong itu mengejutkan, rakyat Malaysia sebenarnya tidak lagi terkejut dengan sikap polis dalam pemerintahan Najib Razak yang semakin teruk.

Berdekad-dekad lamanya rakyat sudahpun lali dengan sentimen perkauman dan agama yang dimainkan oleh kerajaan BN yang diterajui UMNO dala usaha mereka untuk mengekalkan kuasa mengikut kaum.

Najib berjanji bahawa reformasi dan demokrasi yang lebih nyata akan dilaksanakan selepas Bersih 2.0 dan keganasan polis semasa Perhimpuanan Bersih 3.0 pada April tahun ini.

Keengganan menteri dalam negeri Hishamuddin Hussein mengiakan ketakutan rakyat mengenai peningkatan jenayah di negara ini dan terus mengatakan bahawa ia adalah taktik pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan yang diperintah Umno-BN.

“Najib tidak mengotakan janjinya dengan mengarahkan tentangan yang lebih sengit dan ganas terhadap Bersih 3.0 berbanding Bersih 2.0. Bagaimana nak dapatkan balik kredibiliti selepas itu?” beritahu naib presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

“Polis dan agensi kerajaan lain termasuk cikgu juga dengan bersahaja memanggil orang bukan melayu sebagai pendatang dan sebagainya adalah bukti bahawa Umno sememangnya ingin mewujudkan perbalahan kaum. Jadi “Cina babi” ini tidaklah menghairankan. Sakit dan marah tidak lagi meledak seperti dulu. Ini adalah lebih bahaya untuk BN, ia menunjukkan orang boleh menjangka dan berputus asa. Inilah sebabnya Najib perlu menolak pembersihan pilihanraya dan cuba sedaya upaya menghentikan Bersih.”

Bersih 2.0 adalah sah dan Hisham lah yang tercemar
3 orang panel Suhakam itu diterajui oleh Naib pengerusinya Dr Khaw Lake Tee. Dua orang lain adalah Professor Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. Panel ini akan menemuduga 22 orang saksi selama 22 hari. Siasatan ini akan bersambung esok.

Pada Selasa lepas, Mahkamah tinggi menolak bahawa Bersih 2.0 adalah perhimpunan haram dan menyifatkan keputusan menteri dalam negeri Hishammuddin sebagai “dicemari’.

“Perintah Menteri ini disanggah kerana Bersih adalah pertubuhan yang berlunaskan undang-undang,” perintah Hakim Rohana Yusuf.

Tiada ulasan: