"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Duit Felda yang diselewengkan dan dibazirkan oleh Isa Samad

Mazlan Aliman
PENYELEWENGAN dan Pembaziran Isa Samad
Walaupun hari ini, hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa; atas tanggungjawab utk menyelamatkan harta peneroka Felda khususnya dan rakyat Malaysia umumnya, saya dedahkan butiran penyelewengan dan pembaziran Isa Samad.

Butiran ini saya telah buat laporan polis dan SPRM. Dukcita, tiada perkembangan setakat ini. Orang yang paling kuat mempertahankan Isa adalah Rosmah Mansur, isteri PM sendiri. Bahkan nama Isa sebagai Pengerusi Felda pun, Rosmah yang beria2 sangat mahukannya. Isteri Isa, Bibi Sharliza Mohd Khalid adalah kroni Rosmah.

Rakan FB saya boleh nilai sendiri; umpamanya sambutan hariraya zaman Pengerusi Felda dulu, Tan Sri Yusof Nor kosnya baru RM30,000 sahaja. Isa Samad belanjakan RM353,375.00, sepuluh kali ganda lebih tinggi. Ini wang peneroka Felda!!!

'Sesungguhnya pembaziran adalah saudara syaitan'-Firman Allah.

Tiada ulasan: