"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak saman Bapa, Nasib malang bekas jutawan LBJ

amkns

Bagaimana pula hubungan kita dengan orang tua kita? Sudahkan kita mendoakan untuk kedua-duanya hari ini, sudahkah kita menelefon mereka hari ini atau menziarahi mereka minggu ini untuk bertanya khabar? Sebelum kita beri komen kejadian di bawah ini yang sudah menjadi kelaziman akhir-akhir ini, tanya diri kita sendiri, cukupkah kasih sayang yang dicurahkan kepada kedua-dua orang tua kita samada mereka masih hidup atau pun sudah menyahut panggilan Ilahi?

Nasib malang bekas jutawan LBJ
14 Sep 2012 SEREMBAN – Seorang bekas jutawan Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu dekat sini disaman anak perempuannya sendiri yang mahu me nuntut sebahagian hasil pengambilan sebidang tanah seluas 3.6 hektar oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1998 yang bernilai RM1.6 juta.

Norzay Rashid, 44, turut menuntut mahkamah supaya mengisytiharkan rumah milik bapanya itu yang kini sebagai harta sepencarian dengan arwah ibunya yang sudah meninggal dunia.

Beliau mengemukakan tuntutan ke atas bapanya itu yang kini berkerusi roda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Kamal Basha Muhammad.

Hakim Kamal menetapkan 12 Oktober ini untuk membuat keputusan.

Dalam tuntutan tersebut, Norzay memohon perintah mahkamah bahawa separuh daripada sebidang tanah milik bapanya, Rashid Jani, 75, yang dianggarkan bernilai RM160,000 diisytiharkan sebagai harta sepencarian bagi pihak ibunya, Allahyarham Kering Aman.

-tranungkite-

1 ulasan:

Unknown berkata...

Tanpa adanya bapa, siapalah perempuan itu.