"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Puluhan ribu sertai Ustaz Azhar dalam Kedah ceria tanpa dadah

Harakahdaily
(Ustaz Azhar bersama rakan-rakan dalam program anti dadah di Kedah)
ALOR SETAR: Kemunculan Ustaz Azhar Idrus bersama beberapa orang artis yang sudah berhijrah berjaya mengundang kehadiran puluhan ribu penduduk sekitar negeri ini ke Karnival Gaya Hidup Sihat Pemadam Negeri Kedah yang diadakan di pekarangan Stadium Darul Aman.

Gaya Ustaz Azhar yang menyampaikan kesedaran mengenai bahaya dadah dan arak secara bersahaja dengan dibantu oleh pelakon Bob Lokman, Hairie Othman serta penyanyi Ali XPDC dan Empi Spring begitu menarik perhatian orang ramai yang majoritinya terdiri daripada anak-anak muda.

Beliau sempat menjemput beberapa anak muda ke pentas untuk beramah mesra.

Walaupun perbualan berlangsung dalam suasana ria dan berjenaka namun banyak mesej yang berjaya disampaikan, khususnya dalam isu penyalahgunaan dadah serta penolakan terhadap budaya hedonisme yang menjadi punca terhadap penyalahgunaan dadah.

Karnival tiga hari anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Kedah yang bertemakan ‘Sejahtera Tanpa Dadah’ itu diisi dengan pelbagai program antaranya larian, pertandingan futsal, bola jaring, memasak (wanita), boria (sekolah rendah), dikir barat (sekolah menengah), mewarna kanak-kanak, pertunjukan motor dan lain-lain.

Tiada ulasan: