"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peserta Bersih tidak berpeluang bersurai, kata ketua panel Suhakam

Peserta Bersih tidak berpeluang bersurai, kata ketua panel SuhakamKUALA LUMPUR: Ketua panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata peserta “tiada mempunyai banyak ruang untuk berlari” semasa Himpunan Bersih 28 April lalu sekaligus bertentangan dengan kenyataan awal pihak polis yang mengatakan peserta mempunyai banyak jalan untuk bersurai.
Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee memberitahu wartawan selepas panel selesai membuat lawatan ke lokasi yang disediakan polis kepada peserta untuk keluar dan mendapati hanya terdapat dua lorong sempit.
“Polis berkata berkata terdapat banyak kawasan dimana peserta boleh bersurai dan kami masih mencarinya.

“Kami hanya jumpa dua. Satu lorong kecil berhampiran Hotel Citin dan Jalan Tun Perak di Masjid India,” kata Khaw.

Lawatan di lokasi selama tiga jam berjalan bermula di Dataran Merdeka dan ia termasuk sekitar kawasan tempat berkumpul di Kelab Diraja Selangor, Hotel Citin di Jalan Melayu dan Jalan Hang Tuah yang mana didakwa saksi berlakunya keganasan polis pada hari himpunan tersebut.

Sesi seterusnya akan bersambung Isnin ini dengan testimoni daripada pihak polis.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: