"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Marahkan Anwar, Ridhuan Tee Hina Kaum Melayu?

W. FAUZDIN NS
AKU tahu lama dah Ridhuan Tee ini memang kuat ampu Umno, bahkan dia merasakan dia paling "melayu' dari Melayu. Spesis pemikiran yang bercelaru Ridhuan Tee ini maka beliau gemar menggunakan perkataan "kiasu" kepada musuh politik Umno sedangkan beliau sikit pun tidak boleh buktikan golongan "kiasu" yang beliau sebutkan itu ada kes rasuah, penyelewengan, pecah amanah atau sebagainya berbanding pemimpin Umno yang beliau jilat itu. Itulah Ridhuan Tee.

Aku ada membaca kenyataan terbaru beliau di dalam Malaysian Insider di mana beliau merasa tidak duduk senang mendengar khabar DS Anwar bercakap politik di dalam Gereja. Baca di SINI. Oleh kerana pemimpin Umno itu teramat bencinya mereka kepada Anwar, maka Ridhuan Tee yang pengampu tegar ini pun ikut rentak mereka walaupun ada yang gelar beliau "ustaz". Beliau menyatakan;

"Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka.

"Kini, tidak lagi. Melayu tanpa segan silu masuk ke rumah ibadat orang bukan Islam demi kepentingan politik. Tidak mustahil satu hari nanti, mereka akan bersama-sama menimbang khinzir. Melayu bolehlah katakan!" tulisnya.

Tidak pasal-pasal bangsat ini menghina kaum Melayu. Kita tidak kisah beliau berbangsa Cina kerana suku atau bangsa ini di luar kehendak kita, itu semua kuasa Allah Maha Pencipta. Kita pun tidak pernah sentuh soal bonda Ridhuan Tee pun tetap Cina dan tidak Islam. Iman itu anugerah Allah, taufik dan hidayah datang dari Yang Maha Esa. Namun, sewajarnya Ridhuan Tee bersyukur dengan "keCinaannya" yang mendapat rahmat Islam. Amat malang beliau mengaku Islam tetapi tingkah laku umpama anjing mencari makan dari bangkai-bangkai di jalanan dan longkang.

Di dalam menghuraikan soal memasuki Gereja, sepatutnya beliau kemukakan hujah atau nas yang melarang umat Islam memasuki Gereja walaupun untuk berpolitik. Jika Ridhuan Tee menganggap umat Islam tidak boleh memasuki Gereja dan bercakap soal politik, itu membuktikan bahawa Ridhuan Tee mengiktiraf akidah Umno iaitu Islam dan politik itu terpisah.

Salahkah Anwar berpolitik di dalam Gereja kerana Anwar percaya bahawa politik itu adalah sebahagian dari agama, dan di Gereja kita boleh bercerita kepada mereka kebaikan Islam dan politik yang bersatu padu sesama manusia berbilang kaum dan agama? Salahkah Anwar memberitahu Gereja bahawa Islam tidak membenarkan ugama lain dihina apatah lagi secara fizikal dengan melakukan tindakan provokasi memainkan sentimen keagamaam?

Apabila Anwar ingin menjelaskan kepada Gereja bahawa prinsip PR adalah menghormati kepercayaan agama lain, bagi Ridhuan Tee itu adalah politik yang 'haram' untuk orang Islam lakukan di Gereja. Tetapi tindakan serbu dan merampas Bible di dalam stor Gereja oleh sekumpulan umat Islam itu boleh dan diperbolehkan walaupun Bible itu ada kelulusan KDN. Tanpa rundingan, tanpa dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri atau Exco yang berkaitan, puak ini bagai lanun rempuh Gereja. Bab ini Ridhuan Tee tidak ulas sebab dia tahu itu lah taktik terbaik untuk pecah belahkan perpaduan.

Ulasan bangsat Ridhuan Tee tanpa hujah yang berlandaskan Al-Quran dan Hadith menjadikan beliau dilihat tidak ubah seperti Ibrahim Alkataki dari Perkasa. Apa sahaja yang Anwar buat, tetap Ridhuan Tee anggap salah. Apa sahaja Bik Mama buat, Ridhuan Tee tergagap-gagap atau berkias-kias untuk menyatakan haram. Atas sebab inilah aku sedikitpun tidak berminat melihat rancangan Pencetus Ummah bukan kerana para pesertanya, tetapi kerana host yang dipilih itu adalah Ridhuan Tee yang tidak patut digandingkan dengan para peserta yang jauh lebih bermaruah darinya. Kena pula rancangan tersebut menjemput Kazim Elias sebagai Juri.

Penghinaan Ridhuan Tee terhadap Melayu seperti yang beliau sebutkan itu menjadikan Ridhuan Tee lebih hina dari kaum Cina. Oleh kerana kebenciannya terhadap Anwar, beliau menghina Melayu. Aku meluat dengan Ridhuan Tee gampang ini, tetapi sesungguhnya aku tidak akan hina kaum Cina walaupun aku tahu Ridhuan Tee tetap berbangsa Cina sampai mampus nanti.

Tiada ulasan: