"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Mahu sokong Chong Wei atau Misbun?'


Pensyarah kontroversi Ridhuan Tee Abdullah melancarkan satu lagi serangan ke atas golongan Cina Malaysia, kali ini dengan menimbulkan kecurigaan ke atas patriotisme masyarakat itu.


Beliau cuba melandaskan dakwaan itu dengan membangkitkan mengenai sokongan oleh golongan tersebut ke atas pemain badminton tertentu.

"(Pemain negara, Datuk Lee) Chong Wei lawan (pemain China) Lin Dan adalah contoh naif untuk menzahirkan rasa cinta kepada Malaysia.

"Kedua-dua adalah Cina. Tentu kita menyokong Cina Malaysia daripada Cina China.

"Katakan, Chong Wei lawan (bekas pemain negara, Datuk) Misbun (Sidek) atau Lin Dan lawan (pemain Indonesia) Taufik Hidayat, ketika itu siapakah yang akan disokong?

"Justeru tidak perlulah berpura-pura mahu menunjukkan cintakan Malaysia tetapi mengundi ultra kiasu," katanya.

Mualaf itu berkata demikian bagi menjawab satu tulisan dalam satu akhbar berbahasa Inggering yang menurutnya menuduh beliau mengalami krisis identiti kerana sering mempertahankan golongan Melayu.

Ridhuan menjelaskan, pendiriannya sebelum ini dibuat kerana mempertahankan Islam.

"Sama ada setuju atau tidak, Islam sedang diancam, menjadi tanggungjawab kita untuk membelanya.

"Saya pernah jadi bukan Islam, saya tahu perancangan busuk segelintir mereka, walaupun mungkin sahabat seislam saya tidak bersetuju," katanya.

Tiada ulasan: