"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bot bawa 27 penumpang pula karam pagi ini

HARAKAHDAILY 
KUALA LUMPUR: Belum pun selesai usaha mengesan mangsa tongkang karam di Banting semalam, satu lagi kejadian bot karam berlaku di Kuala Langat kira-kira jam 10 pagi ini.

Bot pancung yang membawa 27 penumpang itu dilaporkan karam perairan Beacon Air Gila di perairan Sepang kira-kira 30 batu nautika dari Pelabuhan Klang Utara.

Menurut Pengarah Operasi Daerah Maritin 4 Klang, Leftenan Komander Maritim Mohd Hambali Ya'acob 18 mangsa berjaya diselamatkan, manakala sembilan lagi dilaporkan masih hilang.

Dalam pada itu, perkembangan uasaha menyelamat penumpang tongkang karam di Banting hari ini menemui satu lagi mayat yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini sebayak 10 orang.

Tragedi tongkang karam itu berlaku pada awal pagi Rabu di luar pantai Selangor, berdekatan Sungai Air Hitam, Banting.

Tongkang tersebut membawa 97 penumpang yang terdiri daripada pendatang asing Indonesia.

Mayat yang ditemui semalam telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

Sehingga malam tadi, jumlah mangsa yang diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah 62 orang (49 lelaki, 12 wanita dan 1 kanak-kanak) dengan 26 dikhuatiri masih hilang.

Operasi mencari dan menyelamat hari ini diteruskan dengan operasi di laut dan tinjauan melalui udara.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ada mangsa yang barangkali terselamat dan bersembunyi kerana takut berdepan dengan tindakan undang-undang.

Difahamkan, jarak lokasi kejadian dari daratan adalah kira-kira 200 hingga 300 meter.

Tiada ulasan: