"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lengan Besar Sebelah Bawa Tuah

SEORANG warga Jerman yang dilahirkan dengan lengan kanannya bersaiz besar telah berjaya dalam kariernya sebagai ahli gusti lengan profesional.

Matthais Schlitte mempunyai penyakit tulang yang jarang-jarang berlaku yang menyebabkan tangan kanannya dua kali ganda lebih besar berbanding saiz lengan kirinya, dengan ukur lilit lengan sekitar 46cm.

Dia yang berusia 27 tahun itu telah menjadi juara dunia dalam sukan yang diceburinya, meraih lapan gelaran di kejohanan kebangsaan Jerman dan 12 gelaran antarabangsa.

Dia menjelaskan kerjayanya bermula pada tahun 2004 selepas dia pergi ke sebuah bar di bandar Haldensleben, Jerman, tempat di mana dia dilahirkan.

"Sebuah bar kecil di Haldensleben sedang mencari ahli gusti lengan yang paling kuat di rantau ini dan kejohanan itu menjadi kejohanan pertama saya dan permulaan kerjaya saya,' jelasnya di laman web rasmi.

"Tanpa apa-apa pengetahuan atau latihan saya bertanding sebagai seorang amatur bagi kategori 90kg ke atas ketika berumur 16 tahun dengan berat 65kg.
"Pada mulanya, lawan saya yang lebih tua dan berpengalaman tersenyum melihat saya yang begitu ringan tetapi selepas menang, pendapat mereka mula berubah," katanya.

Dia menambah perkaitan di antara gusti lengan dan orang mabuk di pub adalah 'benar-benar salah'.
-mstar-

Tiada ulasan: