"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Iblis Menjerit 4 Kali Dalam Seumur Hidup


Di riwayatkan dari Abi Abdillah, Rasulullah bersabda;
“sesungguhnya iblis menjerit 4 kali iaitu.

Semasa iblis dilaknat oleh Allah
Semasa iblis dilontarkan ke bumi
Ketika Allah swt mengutuskan Muhammad saw pada tempoh terhentinya rasul
Ketika diturunkan ummul kitab yakni “Alhamdulillahi rabbil alamin..”.

Dan iblis ketawa terbaha-bahak 2 kali;

ketika Nabi Adam memakan buah dari pohon larangan
ketika Nabi Adam diturunkan ke bumi

Ketika Surah Al-Fatihah diturunkan, Iblis menangis kerana ketakutan. Suara tangisan dan jeritan iblis dapat didengar oleh semua makhluk kesegenap penjuru dunia kecuali manusia.

Marilah banyakkan membaca al-fatihah.

*Sumber dari kinokatsu.wordpress.com

Tiada ulasan: