"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

1 cadangan buat PAS demi kemuliaan nama ULAMA?

hishamahmad

Saya terperanjat baca pernyataan bawah ini. Jika tidak benar, sila nafikan (ada rakaman video):

"Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Nik Muhammad Zawawi Salleh melabelkan pendakwah bebas Wan Ji Wan Wan Hussin yang membuat laporan qazaf kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Tan Sri Shafee Abdullah berhubung kenyataan peguam itu mengenai kes liwat II sebagai 'budak-budak'.Ketika dihubungai Kinitv, Nik Zawawi berkata beliau tidak akan memberi komen dan mencadangkan supaya mencari 'budak-budak' tepi jalanan untuk menjawap Wan Ji.

SAya amat tidak bersetuju dan kecewa jika benarlah begitu jawapannya.

Rupanya saya tidak keseorangan, Ustaz Dr Muhammad Rozaimi (PHD dalam bidang hadith) juga menyatakan pandangan bersifat seumpama.

Katanya "Kalau benarlah ini daripada wakil dewan ulama, saya hanya boleh katakan sombong dan takabbur nya ulasan ustaz ini!!

Selain itu banyaklah juga aduan dan keluahan dari orang yang ada keredibel tentang silap ustaz-ustaz PAS ini antaranya perhatikan jalinan dan kaitan 2 petikan kata yang serius makna dan implikasinya:

"Mereka (pemimpin PAS) selalu membaca surah Al-Hujurat yang bermaksud, 'apabila datang berita dari orang fasik, selidik dulu'. Tetapi ini tidak berlaku dalam amalan mereka," kata Profesor Datuk Dr Redzuan Othman, pakar sejarah dari Universiti Malaya.

"Kumpulan ulama dalam PAS kini bersikap tidak boleh ditegur walaupun pada masa sama mereka bebas menegur kumpulan lain dengan mengeluarkan pelbagai istilah termasuk perkataan “babi” dan “syaitan”, kata Bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar.

Justeru dengan keyakinan dan ketegasan saya memberikan satu cadangan kepada PAS.

Saya cadangkan agar perkataan ulama pada semua "Dewan Ulama Pas" dimansuhkan dan ditukar dengan perkataan lain yang lebih rendah, biasa dan sesuai maksudnya seperti sebagai contoh Dewan Asatizah Pas.

Hanya Majlis Syura Ulama dikekalkan, diteruskan nama ulama padanya. (Jika perlu, gelaran ulama pada individu dirasmikan kepada 2-3 jawatan tertinggi iaitu Muusyidul Am dan timbalannya)

Sekurang-kurangnya, jika berlaku salah laku atau perlakuan tidak wajar oleh mana-mana ahli dewan itu, ia tidak mencemari kemuliaan atau mencalari penghormatan yang disandarkan kepada nama ulama itu, status atau martabatnya.

Kita sedar, usaha merosakkan nama ulama tertentu akan tetapi berlaku sepanjang zaman tetapi ia patut berlaku hanya kepada ulama hebat yang benar dalam perjuangan dan ia dilakukan oleh manusia jahat yang kejam.

Ketika itu, nama ulama itu bukan terjejas tetapi semakin harum....

hisham-ahmad.blogspot.com

https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420

Tiada ulasan: