"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Projek misteri Kuala Kedah terungkai

Projek misteri Kuala Kedah terungkai
Laporan Sinar Harian, 13 Disember lalu
ALOR SETAR: Kewujudan sebuah projek misteri di Kampung Batu Enam dekat Kuala Kedah yang menimbulkan pelbagai persoalan masyarakat sehingga menyebabkan kemusnahan tanaman padi di situ akhirnya terungkai oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Mada, Ir Hor Tek Lip mengesahkan projek misteri itu bawah tanggungjawab sebuah syarikat pemaju yang melaksanakan pembangunan di Kuala Kedah.

“Setelah siasatan dijalankan, kawasan yang dimaksudkan adalah Parti Buang Permatang Pantai yang berada dalam blok pengairan CCDIc Lokaliti A-IV, Batas Paip.

“Pengaliran air di parit buang itu tersekat menyebabkan 35 hektar sawah padi rosak akibat ditenggelami air,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, keadaan itu berpunca dari pembinaan pembetung yang tidak sempurna oleh syarikat berkenaan.

“Pembetung lencongan laluan air sementara yang dibina oleh pemaju tetapi tidak dapat menampung kapasiti air di kawasan berkenaan.

“Mada sudah memaklumkan kepada pemaju berkenaan supaya lencongan laluan air sementara dilebarkan serta diperdalamkan lagi sebelum pembinaan itu siap sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, pemaju juga dimaklumkan agar mengambil tanggungjawab atas sebarang tuntutan ganti rugi dari petani yang terlibat.

Pada 13 Disember lalu, Sinar Harian melaporkan sebuah projek misteri di Kuala Kedah menjejaskan tanaman padi apabila aliran air dari sawah terhalang.

Perkara itu disuarakan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa yang mengambil perhatian untuk meninjau lokasi kejadian bersama petani terlibat.

Projek tanpa sebarang papan tanda itu dipercayai dilakukan tanpa memaklumkan kepada penduduk sekitar terlebih dahulu.

Kesan projek itu menyebabkan benih yang ditabur petani menjadi rosak apabila sawah yang digenangi air tidak dapat dikeringkan.

Beberapa laporan polis turut dibuat petani terlibat untuk memudahan proses menuntut ganti rugi kepada pihak berkenaan.
-sinarharian-

Tiada ulasan: