"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mati tertikam ketika petunjukan silat (Gambar)

FMT Reporters
silat_maut_600
PETALING JAYA: Seorang remaja maut selepas tertikam dengan keris ketika membuat pertunjukan silat dalam satu majlis perkahwinan di Kampung Patau-Patau di Labuan, pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Mohd Amil Zulkarnain, 17, mengalami luka di bahagian dada dan dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk rawatan.

Beliau disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di jantung yang menyebabkan pendarahan yang banyak, lapor Berita Harian.
Tikam
Pemangku Ketua Polis Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada pihak hospital jam 1.23 tengah hari.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tertikam oleh sepupunya sendiri berumur 17 tahun.

“Mangsa dan suspek berada di majlis perkahwinan dan membuat pertunjukan silat menggunakan keris. Ketika melakukan aksi silat, suspek dipercayai tertikam mangsa menyebabkan mangsa mengalami luka.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan, bagaimanapun tidak dapat menyelamatkannya.

“Suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai.

Tiada ulasan: