"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ditahan paksa budak 5 tahun makan muntah

Ditahan paksa budak 5 tahun makan muntah
Todd Brisebois
FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki ditahan selepas memaksa seorang kanak-kanak yang berusia lima tahun untuk makan muntah sendiri.

Todd Brisebois, 28, yang juga teman lelaki kepada ibu kandung kanak-kanak itu turut dituduh mengancam untuk memukul dengan hos getah jika dia enggan makan muntah tersebut, kata polis.

Malah, menurut laporan penangkapan, kanak-kanak berkenaan turut ditolak dari meja kerana makan terlalu banyak dan pernah memukul kanak-kanak berkenaan beberapa kali.

Brisebois yang berasal dari Florida juga dituduh memaksa kanak-kanak malang itu untuk melakukan tekan tubi sehingga kakinya menjadi sakit pada waktu tengah malam dan turut memukul kanak-kanak itu hingga meninggalkan parut di bahagian belakang badannya.

Menurut bapa kepada kanak-kanak itu, dia diberitahu oleh anaknya mengenai insiden tersebut dan pernah membuat beberapa laporan kepada Jabatan Kanak-kanak dan Keluarga Florida namun tidak mendapat sebarang respons.

Sementara itu, polis berkata, lelaki berkenaan telah mengelak untuk bertemu pihak penyiasat beberapa kali namun ditahan selepas mendapat waran.

" Lelaki berkenaan bagaimanapun, dibebaskan dari penjara Orange County dengan ikat jamin dan dilarang untuk mendekati kanak-kanak berkenaan,' kata polis dipetik Mirror.uk

Kanak-kanak tersebut diletakkan di bawah jagaan bapanya sementara proses penyiasatan dijalankan.
-sinarharian-

Tiada ulasan: