"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hadi sedia lepas jawatan KUIS

Hadi sedia lepas jawatan KUIS, lapor web pro Pas
MALAYSIA DATELINE
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia meletakan jawatannya di Kesatuan Ulama Islam Sedunia (Kuis) sekiranya lawatannya ke Tehran tidak sesuai dengan dasar pertubuhan itu.

Abdul Hadi dipetik berkata demikian dalam laporan sebuah laman web pro Pas Buletinonline hari ini.

Beliau dilaporkan telah menghantar surat penjelasan kepada Kuis dan bersedia meletakkan jawatan sekiranya ia tidak sesuai dengan dasar pertubuhan itu.

“Dan bila ada desakan ini...saya dah tulis surat kepada KUIS (dan menyatakan) bahawa itu pendirian saya. Saya tidak terpengaruh dengan dasar Qatar, dasar Arab Saudi atau dasar Emirate (Arab Bersatu),

“Apa lagi saya terkilan dengan (sidang) Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dua minggu lalu yang turut disertai oleh Perdana Menteri British,”tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media apabila ditanya tentang kedudukan beliau dalam KUIS dan pemergian beliau ke negara Iran,selepas kuliah mingguannya di masjid Rusila.

Beliau mempersoalkan kehadiran British dalam sidang tersebut yang bukan terdiri daripada negara Teluk Parsi dan telah membuat resolusi untuk bersama menentang Iran.

“Bukan untuk menentang Israel! (mahu) menentang Iran…..ini apa makna? Ini satu perkara yang sangat kacau di Asia Barat,”ujarnya.

Beliau menjelaskan, Pas ada pendirian sendiri dalam menghadapi kemelut di Timur Tengah sejak dari Perang Teluk yang pertama dahulu, yang mungkin berbeza pada pandangan pihak lain.

Abdul Hadi juga menegaskan Pas adalah Sunni dan bukannya pengikut Syiah serta membaca politik antarabangsa, bukan hanya dengan pandangan lahir yang sempit.

Menegaskan lagi pendiriannya itu beliau mahu Kuis teguh berdiri, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau pun negara.

Katanya, beliau pergi ke persidangan di Iran pada minggu lalu kerana beliau adalah ahli kepada ‘Majma’ Taqrib’ yang ditubuhkan dalam tahun 1980.

“Saya hadir ke program tahunan setiap tahun di situ, kecuali saya uzur...dan saya hadir bukan kali pertama saya hadir,

“Dan saya hadir dengan pandangan saya terhadap perpaduan ulama tanpa mengira Sunni dan Syiah mereka perlu bersatu dan saya kritik Iran (dalam ucapan saya),”jelas Ahli Parlimen Marang ini.

Tegasnya lagi, beliau tidak tunduk kepada mana-mana kerajaan dan terpengaruh kepada Barat atau Timur serta bercakap atas kepentingan Islam semata-mata.

Tiada ulasan: