"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar Ratu Naga dibaling telur, disimbah air berwarna merah oleh penyokong Jamal

DALIA ISMAIL
Ratu Naga dan beberapa ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang mengadakan demonstrasi balas isu air mendakwa diserang dan dipukul di hadapan rumah Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunus dalam insiden simbah air dan baling telur pagi ini.

Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah bersama beberapa ahli NGO dari Pertubuhan Sinar Ehsan dan Kelab LLL Malaysia telah berkumpul di hadapan rumah Jamal pada jam 10 pagi tadi.

"Saya dan NGO nak bagi bantuan air ke rumah Jamal.

"Tapi bila saya tiba pada jam 10 pagi Jamal bersama lebih kurang 30 orangnya (penyokong) mengepung saya dan saya keluar dari kereta sebab nak hantar bantuan air saya diserang dan dipukul oleh penyokongnya," ujarnya ketika itu beliau bersama enam orang menaiki dua buah kereta telah diserang.

Dakwanya pergaduhan tercetus apabila salah seorang penyokong Jamal telah mencampakkan baldi air ke arahnya dan lari lalu bermula pergelutan dengan membaling telur ke arah mereka.

"Berlaku pergaduhan di situ dan saya terpaksa bergelut dengan orang Jamal sambil dilindungi suami saya.

"Saya tak berganjak tetap bergelut. Mereka kata jangan kacau Jamal...jangan kacau Jamal," ceritanya kepada Malaysia Dateline.

Menurut Ratu Naga yang kini menjadi ahli PKR berkata, beliau tidak faham mengapa hasratnya dan NGO terbabit untuk menghantar bantuan air Jamal dan penyokongnya bertindak sedemikian?

"Jadi selama ini Jamal hanya politikkan isu ini untuk perhatiannya. Bila kami NGO kebajikan nak hantar air, mereka serang kami pula," ujarnya.

Justeru katanya lagi, beliau akan mengadakan sidang akhbar di Restoran Pelita Jalan Ampang tengahari ini untuk menjelaskan lanjut insiden berlaku pagi tadi di hadapan rumah Jamal.

Semalam Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar mengadakan protes tiada air di hadapan bangunan SUK Selangor untuk membenarkannya mandi di pejabat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali kerana beliau tidak mandi selama empat hari.

Ratu Naga disimbah air berwarna merah oleh penyokong Jamal.

Tiada ulasan: