"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki menyamar pengajar besarkan payudara rogol remaja 13 tahun

FMT Reporters 
PETALING JAYA: Lima wanita termasuk seorang remaja berusia 13 tahun menjadi mangsa serangan seksual seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita mengajar cara membesarkan payudara.

Sin Chew Daily melaporkan mangsa yang mengenali suspek dikenali sebagai “YM” melalui aplikasi WeChat, diminta menghantar gambar dan video payudara serta kemaluan bagi “memantau perkembangan pembelajaran” mereka.

Lelaki itu turut didakwa memaksa mangsa berusia 13 tahun mengadakan seks oral, sebelum merogolnya di sebuah pusat beli-belah di Perai, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid dipetik akhbar itu mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada seorang remaja berusia 13 dan 15 tahun. 

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan polis giat memburu suspek terbabit.

Mangsa berusia 13 tahun itu mendakwa beliau bersama 3 rakannya menemui suspek di sebuah restoran makanan segera di Perai, pada 3 petang kelmarin.

Katanya, suspek kemudian menggunakan helah untuk mengasingkan beliau daripada 3 rakannya, sebelum diarah ke sebuah pusat beli-belah dan dikunci dalam sebuah kedai di tingkat 4.

Remaja itu mendakwa beliau kelemahan selepas suspek menutup matanya dengan sekeping kain yang mengandungi bau pelik dan dipaksa menuruti semua kehendak suspek.

Kira-kira 30 minit kemudian, suspek melepaskan mangsa yang segera menghubungi 3 rakannya. Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri selepas 3 rakan mangsa menjerit “YM”.

Remaja terbabit mendakwa lelaki itu menyimpan tilam, bantal dan tali dalam premis di pusat beli-belah berkenaan dan memaklumkan beliau bukan mangsa pertamanya.

Seorang lagi mangsa berusia 15 tahun yang mengenali suspek sejak Disember 2016, diugut terus menghantar gambar bogel kepadanya, selepas menyedari beliau ditipu lelaki itu.

Pada 5 Disember lalu, suspek mengajak mangsa menemuinya, namun gadis itu tidak berbuat demikian kerana bimbang dengan keselamatan diri dan membuat laporan polis pada 11 Disember lalu.

Tiada ulasan: