"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Covid-19 mampu meragut antara 100,000 hingga 200,000 nyawa di Amerika Syarikat

Covid-19: AS catat 518 kematian dalam 24 jam

New York merupakan bandaraya yang menjadi pusat penularan wabak berkenaan di AS yang merekodkan hampir 60,000 kes dan 965 kematian.– Gambar EPA, 30 Mac, 2020.

AMERIKA Syarikat merekodkan 518 kematian dalam tempoh 24 jam akibat Covid-19, menurut data yang disiarkan Universiti Johns Hopkins pada Ahad.

Angka kematian itu lebih tinggi berbanding hari sebelumnya iaitu 453, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak wabak itu mula menular kepada 2,409.

Menurut data berkenaan, jumlah kes melonjak sehingga 21,333 dalam tempoh sehari.

Walaupun peningkatan itu hampir dengan jumlah direkodkan pada Sabtu, namun ia perlu diberi perhatian serius.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kes tertinggi di dunia iaitu 136,880 kes, yang mana ia lebih tinggi berbanding Itali, China dan Sepanyol.

Menurut Gabenor New York Andrew Cuomo, setakat ini New York menjadi pusat penularan pandemik di AS yang mana ia merupakan negeri paling banyak kes direkodkan iaitu hampir 60,000 kes dan 965 kematian.

Sementara itu saintis kanan AS Anthony Fauci yang merupakan pakar penyakit berjangkit dan penasihat Presiden Donald Trump ketika krisis, menjangkakan wabak Covid-19 mampu meragut antara 100,000 hingga 200,000 nyawa di Amerika Syarikat. – AFP, 30 Mac, 2020.

Tiada ulasan: