"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menteri Cap Ayam sila letak jawatan: Menteri langgar Akta Perubatan dedah nama pesakit Covid-19


SITI NUR ZAWANI MISCON
Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba didakwa melanggar undang-undang di bawah Akta Perubatan 1971 apabila mendedahkan nama salah seorang pesakit positif Covid-19 yang meninggal semalam.

Dalam muatnaik status Facebooknya, Adham mengucapkan salam takziah kepada Pembantu Tadbir, Bahagian Sumber Manusia, KKM dan meletakkan nama mangsa secara terbuka.

“Salam takziah buat waris Allahyarhamah Saziah binti Mohd Said, Pembantu Tadbir, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Allahyarhamah berumur 57 tahun, positif COVID-19 telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sg Buloh pada 29 Mac 2020, jam 4 petang,” tulisnya semalam.

Dalam status itu juga, beberapa pengguna turut bertanya sekiranya KKM dibenarkan mendedahkan rekod nama mangsa yang sepatutnya disembunyikan.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah, menegaskan bahawa mendedahkan identiti kes positif Covid-19 adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perubatan 1971.

Malah, sekiranya dibandingkan dengan kenyataan dari telegram rasmi KKM pada semalam, pihak kementerian itu juga tidak menyebut nama kes yang meninggal.

Kenyataan itu hanya menyebut kes kematian Ke-35 membabitkan kes ke-1925 yang merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 57 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

Tiada ulasan: