"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mengapa gambar Vellfire, nombor telefon ulama Pas tular?

ARIF ATAN


Sejumlah gambar kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan nombor telefon milik Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mokhtar Senik tular di media sosial sejak malam tadi.

Imej bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pahang tersebut dalam gambar kereta mewah yang tersebar itu pula dilihat bersumberkan pelbagai siri hantaran di Facebook.

Antaranya, dari Facebook Maahad Dirasat Diniyyah MADAD dalam hantaran pada 14 Disember tahun lalu.

“Ketibaan perasmi penutup KETAM 4.0 TG (Tuan Guru) Ustaz Mokhtar Senik disambut dengan selawat oleh pelajar-pelajar Madad,” katanya berserta foto memaparkan kereta dengan nombor pendaftaran NDF 2427.

Model kereta tersebut difahamkan berharga dalam lingkungan RM250,000 hingga RM380,000.

Nombor telefon 019-9532 456 pula terdapat dalam hantaran Mokhtar sendiri di Facebook sebelum ini termasuk iklan upah haji serta makluman untuk tujuan pengedaran buku-bukunya.

Pada 2015, Mokhtar pernah menarik perhatian orang ramai apabila memuat naik gambar dua kereta mewah miliknya yang digelarkannya sebagai “kuda-kuda hitam”.

Beliau juga kerap mengundang kritikan banyak pihak sama ada menyentuh soal politik mahupun agama seperti kemenangan PH pada PRU-14 adalah melalui fitnah serta berkongsikan hadis tidak sahih.

Mokhtar juga menyatakan rela tidak insaf bersekongkol dengan Umno kerana yang penting baginya ialah kekuatan Islam dan menumbangkan PH adalah ibadah.


Tidak selesa

Sementara itu, beliau dalam hantaran di FB malam tadi memberitahu tubuhnya rasa tidak selesa dan berhasrat untuk tidur lebih awal daripada kelazimannya.

“Malam ini saya tak bersiaran. Badan rasa tak selesa. Tidur awal sikit. Siang tadi gotong royong siapkan SOP (prosedur operasi standard) pondok,” katanya kira-kira jam 9 malam tadi.

Walau bagaimanapun, selepas kira-kira lima jam, pemilik Pondok Annur di Kampung Kuala Penor, Kuantan itu memaklumkan akan mengenakan tindakan mahkamah.

Tanpa diperincikan pihak siapa yang akan disaman, Mokhtar menganggap dirinya menerima ujian bersilih ganti.

“Tersedar tengah malam disebabkan deringan panggilan dari sahabat saya Anwar Alkhattab. Masyallah, ujian apa lagi yang menjelma.

“Kali pertama saya senyap. Kali kedua kerana status FB saya disaman. Belum selesai urusan itu saya kena saman lagi. Kali keempat ini berasa nak saman oranglah pula. InsyaAllah,” katanya lagi kira-kira jam 2 pagi tadi.

Kelmarin, Mokhtar menegur sikap sebahagian kaum ibu sanggup menerima lelaki bujang yang tidak mendirikan sembahyang sebagai menantu sebaliknya “sangat jijik menerima menantu lelaki poligami walaupun imam solat.”

Tiada ulasan: